Ticker

6/recent/ticker-posts

Seorang Lelaki di Penjara 12 Bulan, selepas Tampar Nenek dan Letak Cekodok yang Panas di Tangan

Tertuduh Nazri Zol, 34 mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Izwan Mohamed Noh dan dijatuhi hukuman 12 bulan penjara di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.


Hal ini disebabkan, tindakan tertuduh yang menampar dan meletakkan cekodok panas pada tangan neneknya, Dia dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan terhadap neneknya Halimah Hassan, 83, di sebuah rumah di Jalan SB 1, Taman Sutera Belia, Batu Berendam, Melaka Tengah kira-kira pukul 9.20 pagi 21 Oktober lalu.

Tertuduh yang tidak bekerja boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM2,000 mengikut Seksyen 323 dibaca bersama Seksyen 326a Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian berlaku pertengkaran antara tertuduh yang juga anak sulung dengan ibunya, selepas tertuduh menolak neneknya itu.

Tertuduh kemudian turut menampar belakang badan dan muka neneknya serta mengambil kuih cekodok panas dan diletakkan pada tangan kanan warga emas itu.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana kesalahan serius yang tidak sepatutnya dilakukan seorang cucu terhadap neneknya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, telah diperintahkan oleh mahkamah untuk menjalani hukuman 12 bulan penjara bermula dari tarikh ditangkap pada 21 Oktober lalu.


 

Sumber: Awani

 

 


 

Post a Comment

0 Comments