SABAH FC perlu mengharapkan keajaiban menjelang aksi terakhir Liga Super menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Sabtu ini.
Datuk Ong Kim Swee,
mengesahkan bahawa kelab berkenaan akan kehilangan tiga tonggak menjelang
kunjungan itu.
Sabah kini menduduki tangga kedua Liga Super dengan 42 mata
selepas 21 perlawanan tetapi mereka berisiko terlepas slot ke Piala AFC musim
depan seandainya dipintas oleh Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC, yang
kedua-duanya hanya ketinggalan satu mata, masing-masing di tangga ketiga dan
keempat.
Artikel
Berkaitan
Tidak
Mahu Pulang Tangan Kosong ~ Datuk Ong
Kim Swee
Mengulas mengenai keadaan itu, Kim Swee berkata kepada
wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam: "Kami kehilangan Park (Tae-soo)
selepas dia menerima kad kuning ketika menentang Sri Pahang selain Jackson (de
Souza) dan (Jose) Embalo yang masih cedera.
"Tetapi pemain lain berada dalam keadaan yang cukup
baik dan sudah pasti pemain yang akan diturunkan -- seperti mana yang kami
lakukan sebelum ini - saya percaya mereka mampu menggalas tugas dengan baik.
"Kalau kita lihat pasukan Sabah, kami tidak bergantung
kepada sebarang individu untuk menjaringkan gol.
"Kalau kita lihat senarai penjaring kami, ramai pemain
boleh menjaringkan gol tetapi kehilangan Park sudah pasti akan menyebabkan bahagian
tengah dan pertahanan mungkin kehilangan seseorang yang cukup berpengalaman.
"Dengan itu, saya perlu memastikan sesiap sahaja yang
menggantikan Park dapat bermain seperti yang kami inginkan," katanya.
0 Comments
Terima kasih