Ticker

6/recent/ticker-posts

RINGKASAN BELANJAWAN BAJET 2023

Bajet 2023 telapun dibentangkan buat julung kalinya oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul mewakili Perikatan Nasional setelah jatuhnya Pakatan Harapan. Budget 2023 ini dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pada 7 Oktober 2022 pada pukul 4.00 petang hari jumaat kelmarin.

Negara kini terbeban dengan jumlah hutang yang agak besar dan ini menunjukkan satu cabaran yang hebat buat tadbir urus negara dalam menyelesaikan isu kewangan di samping menjaga kebajikan rakyat. Seperti sebelum ini, pelbagai usaha telah dijalankan bagi membantu meringankan beban yang dihadapi negara termasuklah penubuhan Tabung Harapan Malaysia pada tahun 2018.

Penyediaan bajet tahunan merupakan satu tugas yang agak sukar kerana perlu menyeimbangkan keadaan kewangan negara dengan perbelanjaan serta pada masa sama perlu juga meningkatkan kesejahteraan rakyat. Berikut adalah ringkasan kandungan belanjawan bajet 2023:

Ringkasan Intipati Kandungan Bajet 2023 Belanjawan Malaysia (Budget 2023)

Maklumat bagi tahun 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Berikut kita kongsikan ringkasan intipati kandungan Bajet 2023 belanjawan

BACA JUGA

JUMLAH BKM BAJET 2023 UNTUK SETIAP KATEGORI


Ringkasan Tema Dan Peruntukan Bajet 2023

Tema Bajet 2023

  • Keluarga Malaysia Makmur Bersama

Peruntukan Bajet 2023

  • RM 372.3 Bilion

Matlamat Induk Belanjawan Bajet 2023

3R (Responsive, Responsible, Reformist)

1.    Responsif kepada sebarang cabaran dan melalui bantuan yang komprehensif kepada Keluarga Malaysia

2.    Bertanggungjawab membina daya tahan negara bagi menangani krisis yang mendatang

3.    Reformis yang mengambil peluang merubah lanskap pembangunan negara agar inklusif dan mampan.

 

Perincian Peruntukan Bajet 2023

  • Belanja Mengurus Operasi : 272.3 Bilion
  • Belanja Pembangunan : 95 Bilion
  • Dana Covid : 5 Bilion
  • Simpanan Luar Jangka : 2 Bilion

Fokus Kandungan Intipati Bajet 2023

Subsidi Elektrik

  • Pemberian subsidi bil elektrik sehingga RM40 akan diperluaskan mengikut kepada isi rumah miskin tegar, e-Kasih berpendapatan RM1,169 ke bawah berbanding syarat sebelum ini hanya kepada isi rumah berpendapatan RM980 ke bawah 

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Ditambah Baik

  • Kategori baru diperkenalkan bagi isi rumah berpendapatan RM 2,500 ke bawah layak untuk mendapat BKM sebanyak: Menanggung 5 orang anak atau lebih: RM2,500 Menanggung 1-4 orang anak: RM1,000 – 2,000
  • Bagi isi rumah yang berpendapatan RM2,500-5,000 pula layak untuk mendapat BKM sebanyak RM500 – RM1,250 bergantung kepada bilangan tanggunan anak
  • Tambahan bantuan RM500 kepada ibu bapa tunggal pada tahun 2023 e-Pemula M40 8 juta individu M40 yang berpendapatan bawah RM100,000 layak untuk menerima kredit e-Wallet sebanyak RM100

e-Pemula M40

  • 8 juta individu M40 yang berpendapatan bawah RM100,000 layak untuk menerima kredit e-Wallet sebanyak RM100

Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia

  • Ibu bapa penerima BKM akan menerima bantuan tunai secara one-off sebanyak RM500 bagi kelahiran tahun 2023 

e-Pemula Belia

  • Sebanyak RM200 kredit e-Wallet akan diberikan kepada belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas secara one-off. 

Bantuan Awal Persekolahan

  • Setiap murid akan menerima bantuan awal persekolahan yang ditambah berbanding tahun sebelum sebanyak RM150 tanpa mengira had pendapatan ibu bapa

Bantuan Musim Tengkujuh

  • Pekebun kecil getah akan menerima kenaikan BMT sebanyak RM200 menjadikan jumlah bantuan yang akan diterima pada tahun 2023 kepada RM800

Bonus Aidilfitri Penjawat Awam

  • Penjawat awam akan menerima bantuan khas kewangan Aidilfitri 2023 sebanyak RM600

Pengurangan Kadar Cukai Pendapatan Individu

Kadar income tax individu akan dikurangkan sebanyak 2%. Berikut merupakan maklumat lanjut: 

  • Pendapatan bercukai RM50,001 – RM70,000, turun daripada 13% kepada 11% 
  • Pendapatan bercukai RM70,001 – RM100,000, turun daripada 21% kepada 19%

Pelepasan Cukai Bagi Yuran Tadika Dan Taska

  • Sebanyak RM3,000 pelepasan cukai akan diberikan ke atas bayaran taska/tadika sehingga tahun taksiran 2024 

Pengecualian Cukai Untuk Wanita 

  • Pendapatan yang diterima pada tahun 2023 sehingga 2028 akan diberikan pengecualian bagi menggalakkan golongan wanita kembali bekerja setelah career break 

Had Amanah Saham Bumiputera (ASB) Dan Pinjaman

Mudah ASB di BSN 

  • Jumlah pegangan maksimum di ASB dan ASB2 ditingkatkan kepada 300,000 unit (RM300,000) berbanding 200,000 unit sebelum ini
  • Selain itu, golongan B40 bumiputera juga layak untuk memohon pinjaman mudah BSN untuk melabur di ASB pada kadar 1.5%

Pengecualian Bayaran PTPTN 

  • Peminjam PTPTN yang berjaya mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama akan diberikan pengecualian dari membayar balik bayaran pinjaman PTPTN 

Orang Kurang Upaya   

  • Pengecualian bayaran pendafaftaran dan pembahuruan sijil perniagaan SSM di bawah Skim 1 OKU 1 Perniagaan 
  • OKU akan mendapat baucar perjalanan yang akan diberikan melalui perkhidmatan e-hailing 
  • Penubuhan 50 buah taska OKU baharu bagi memudahkan ibu bapa menghantar anak-anak OKU ke tempat asuhan selamat 

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 

  • Penambahbaikan RMT dengan kenaikan kadar makanan bermasak daripada RM2.50 kepada 3.50 di Semenanjung manakala di Sabah dan Sarawak kenaikan daripada RM3 kepada RM4 berkuatkasa serta merta 

Pengenalan Semula Bantuan Pesawah 

  • Bantuan sebanyak RM200 sebulan akan diberikan kepada pesawah untuk tiga bulan atau satu musim penuaian 

Geran One-Off RM1,000 PMKS 

  • Sejumlah RM1,000 geran akan diberikan kepada perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS) berdaftar dan pemandu teksi berdaftar yang layak

Skim Pembiayaan Agrofood BNM 

  • Sebanyak RM 1 Bilion dana diperuntukkan bagi membantu PKS meningkat jumlah pengeluaran agro makanan melalui Skim Pembiayaan Agrofood pada kadar 3.5% 19. 
  • Pengurangan Kadar Cukai Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS) 
  • Kadar income tax PMKS dikurangkan sebanyak 2% daripada 17% kepada 15% bagi RM100,000 pertama 

Subsidi, Bantuan Dan Insentif 

  • RM55 bilion diperuntukkan dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat 

Insentif Penggajian PERKESO 

  • Sebanyak RM600 – RM750 sebulan selama tiga bulan diperuntukkan bagi golongan rentan.

Program MyWIRA 

  • Pemegang kad veteran ATM dan kad pesara Polis akan menikmati diskaun sebanyak 50% ke atas pengangkutan awam di bawah kendalian PRASARANA 

Bayaran Khas RM500 

  • Bayaran one-off RM500 kepada para Imam, Bilal, Siak, Noja, Merbut, Guru Takmir, dan Guru KAFA

Pas My50

  • Bagi pengguna pengangkutan awam sekitar Lembah Klang, pas My50 akan diteruskan bagi tahun 2023

 

Post a Comment

0 Comments