Ticker

6/recent/ticker-posts

LUPA KATA LALUAN BKM? IKUTI EMPAT CARA RESET ID DAN TUKAR PASSWORD BKM


Portal Rasmi BKM telahpun dibuka mulai 1 Januari 2022 untuk kemudahan orang ramai untuk buat semakan status kelayakan masing-masing. Untuk makluman, pendaftaran laman BKM perlu dibuat bagi membolehkan semakan status atau kemaskini maklumat permohonan melalui Portal Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia.

Tempoh kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia masih dibuka untuk proses kemaskini data pemohon.

Sudahkah anda mengemaskini maklumat terkini atau membuat permohonan?  atau adakah anda terlupa kata laluan untuk log masuk BKM?

Sekiranya anda mengalami masalah terlupa kata laluan BKM dan masih tidak dapat mengakses akaun anda, anda boleh rujuk 4 pilihan kaedah atau langkah reset kata laluan untuk log masuk laman permohonan BKM.

CARA-CARA UNTUK RESET KATA LALUAN JIKA TERLUPA

Berikut adalah 4 pilihan cara-cara untuk reset atau dapatkan semula password untuk log masuk ke laman MyBKM bagi yang terlupa kata laluan yang didaftarkan di laman MyBPR:

 

MENGGUNAKAN GOOGLE (password yang disimpan di google)

Sekiranya anda pernah menyimpan kata laluan yang didaftarkan di laman MyBPR, anda boleh lihat semula kata laluan yang disimpan tersebut di laman Google Chrome di telefon anda seperti berikut:

1. Buka Google Chrome

2. Klik pada Nama atau titik 3 di bahagian atas sebelah kanan



3. Klik Password



8. klik ''view and manage saved password'' untuk lihat password yang di simpan di Google Akaun anda atau anda boleh klik terus senarai yang ada di bawah untuk lihat password tersebut.


MELALUI E-MEL

1. Pergi laman https://bkm.hasil.gov.my/ dan klik Log Masuk BKM

2. klik lupa kata laluan


3. Masukkan kad pengenalan dan semak

4. Masukkan e-mel yang didaftarkan dan klik seterusnya


Kata laluan sementara akan di hantar terus ke alamat e-mel yang anda masukkan. Log masuk menggunakan kata laluan sementara dan bina kata laluan yang baru yang senang anda ingat.


SOALAN KESELAMATAN

Bagi yang tidak mendaftarkan e-mel/tidak mempunyai e-mel/ e-mel tidak sah

  • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat, oleh itu pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini

 


CUBA SELEPAS 24 JAM / HUBUNGI LHDNM

  • Sekiranya anda tersilap menjawab soalan keselamatan dan paparan mesej ‘’ anda telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 2 kali, sila cuba semula selepas 24 jam’’, ini tindakan yang anda perlu anda lakukan:
  • Jika akaun anda disekat selepas beberapa kali salah jawapan bagi soalan keselamatan, anda boleh cuba semula selepas 24 Jam
  • Sekiranya anda masih terlupa, anda boleh hubungi talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747 atau cawangan LHDNM yang berhampiran untuk set semula akaun BKC

Post a Comment

0 Comments