Menggunakan taktik dengan membawa kanak-kanak sebagai 'umpan', dua
penyamun meragut rantai seorang wanita warga emas di sebuah kampung di
Karangan, dekat sini, semalam.
Selain menggunakan kanak-kanak untuk mengaburi mata, penjenayah turut
dikesan berpura-pura kononnya berminat mahu membeli serai ditanam mangsa berusia
71 tahun terbabit.
Tindakan mereka yang dikesan menggunakan helah itu ternyata berhasil
kerana mangsa langsung tidak mengesyaki niat buruk yang terselindung sebelum
rantai emas bernilai kira-kirai RM5,000 direntap dan dilarikan penyamun
terbabit.
DISYORKAN UNTUK ANDA
· Dipaksa
Melakukan Hubungan Seks Dengan Anjing
· Bunuh
Wanita Hamil dan Culik Bayi Dalam Kandungan
· Tikam
Isteri Hingga Mati Lalu Terjun Pangsapuri
· Warga
Asing Pukau Pekerja Klinik
Menurut sumber, dalam kejadian 12.50 tengah hari itu mangsa sedang
menyapu sampah di halaman rumahnya sebelum dia didatangi tiga individu terdiri
daripada dua lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia
tiga tahun.
"Ketika itu penunggang memberhentikan motosikal sebelum
berpura-pura bertanya mengenai serai ditanam mangsa dan menyatakan hasrat mahu
membelinya.
"Dalam keadaan kelam kabut itu, pembonceng motosikal turun menuju
ke arah mangsa dan berlakon seolah-olah ingin membayar wang serai yang mahu
dibeli kepada wanita terbabit," katanya.
Sumber berkata sebaik menghampiri mangsa, lelaki terbabit terus meragut
rantai emas dipakai wanita berkenaan sebelum dia bersama rakannya melarikan
diri dengan motosikal dinaiki mereka.
"Hasil siasatan mendapati hanya mangsa bersama seorang cucu yang
berusia empat tahun berada di halaman rumah itu dan tiada saksi atau jiran
melihat kejadian berkenaan.
"Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengalami calar dan kesan
merah di leher selepas rantai dipakainya direntap kuat penjenayah,"
katanya.
Menurutnya, mangsa tidak sempat mencatat nombor pendaftaran motosikal
dinaiki suspek namun berdasarkan gambaran diberi ia dipercayai model Yamaha LC
hitam.
"Kita tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan taktik dengan membawa
bersama seorang kanak-kanak untuk mengelak orang ramai mengesyaki mereka
melakukan jenayah namun siasatan lanjut mengenainya masih dijalankan.
"Setakat ini, kita sedang mengesan dua suspek terbabit yang
dipercayai berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395
Kanun Keseksaan," katanya.
Sumber Metro
0 Comments
Terima kasih