Ticker

6/recent/ticker-posts

Kakak Tikam Adik gara-gara Rebut Tempat Duduk di Kereta


Seorang seorang pelajar Tingkatan Empat di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, di sini, meninggal dunia pada jam 2.30 petang semalam, dipercayai tertusuk pisau yang dibaling kakaknya.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Hasil siasatan polis mendapati, kejadian berpunca daripada pergaduhan adik-beradik dan ibu mangsa mendakwa mangsa bergaduh dengan kakaknya berikutan berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah dan perselisihan itu berlanjutan di rumah.

DISYORKAN UNTUK ANDA


Kakak mangsa dilaporkan, mengaku membaling pisau ke arah mangsa selepas dipersenda ketika sedang masuk ke dalam rumah.

Ahli keluarga yang enggan identitinya didedahkan juga berkata, seluruh keluarganya terkejut dan tidak percaya insiden menyayat hati itu menimpa dua beradik berkenaan.

Ibu bapa mangsa juga trauma dan amat tertekan dengan insiden malang yang menimpa anak sulung dan anak kedua mereka.

Katanya, dua beradik itu dididik dalam keluarga dengan penuh kasih sayang dan ketakwaan, dengan keluarga mereka amat rapat dan saling menyayangi.

Remaja tersebut kini direman enam hari mulai hari ini hingga 25 Oktober depan.


 

 

 

 

Post a Comment

0 Comments