Remaja yang ditemui lemas dalam kejadian di Tasik Tiga Beradik, Seri
Alam, Pasir Gudang, pagi tadi, sempat menzahirkan ucapan selamat hari lahir buat
ibunya, malam tadi.
Mohd Aidil Haiziryn Zulkarnain, 15, yang juga anak sulung daripada tiga
beradik itu turut dilihat mengucup pipi ibunya, Norhaliza Hussin yang menyambut
ulang tahun kelahiran yang ke - 43.
Bapa remaja berkenaan, Zulkarnain Mohd Ali, 46, berkata, dia amat
terharu melihat tindakan anaknya itu yang menjadi detik manis terakhir sebelum
anak lelakinya itu pergi buat selama-lamanya, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA
- WANITA
RENTUNG DALAM KERETA SELEPAS SEMINGGU PULANG DARI MEKKAH
- SEORANG
WANITA MEMBUNUH WANITA HAMIL DAN CULIK BAYI DALAM KANDUNGANNYA
- DERA
KANAK-KANAK BERUSIA 4 TAHUN, SEORANG PENGAWAL KESELAMATAN DITAHAN
- BAYI
LELAKI USIA 4 HARI AKHIRNYA MENINGGAL DUNIA
"Semalam, arwah ada ucapkan Selamat Hari Lahir buat ibunya yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-43.
"Bukan itu saja, arwah juga ada memberikan ciuman kepada isteri.
Tidak sangka itu adalah yang terakhir," katanya.
Terdahulu, Mohd Aidil Haiziryn ditemui mati lemas, manakala seorang lagi
rakan sekolahnya terselamat ketika mandi di tasik berkenaan.
Kedua-dua remaja itu dikatakan ke lokasi kejadian bersama empat lagi
rakan sekolah mereka termasuk dua perempuan.
Mereka dipercayai ke sana untuk melakukan aktiviti mendaki di kawasan
berkenaan sebelum memutuskan untuk mandi di tasik terbabit.
Menurut Zulkarnain, arwah ada memintanya hantar ke lokasi terbabit,
namun dia tidak dapat berbuat demikian kerana mempunyai urusan lain.
"Saya tahu dia mahu ke sana sebab dia ada beritahu dan minta saya
hantarkan. Tetapi, sebab saya ada urusan lain, jadi dia menumpang kereta bapa
rakannya. Saya tidak sangka pula ini yang terjadi," katanya.
Katanya, anaknya tidak pandai berenang, namun memang gemar melakukan
aktiviti mendaki dan kerap ke kawasan terbabit bersama rakan-rakannya.
Katanya, arwah anaknya itu seorang yang peramah, pemalu dan menghormati
orang tua.
Jenazah Allahyarham Mohd Aidil Haiziryn akan dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam Taman Cahaya Masai, esok selepas selesai bedah siasat di
Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
-metro
0 Comments
Terima kasih