Ticker

6/recent/ticker-posts

Dera kanak-kanak Berusia 4 Tahun, Seorang Pengawal Keselamatan Ditahan


Seorang pengawal keselamatan ditahan kerana dipercayai mendera anak angkatnya yang berusia empat tahun di sebuah pangsapuri di Ampang Jaya, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek merupakan lelaki warga tempatan berumur 30 tahun.

Siasatan dijalankan selepas menerima aduan dari seorang wanita yang berusia 19 tahun selepas bertengkar dengan kakaknya ketika menegur perbuatan pasangan suami isteri itu yang memarahi anak angkat mereka kira-kira jam 7 petang Rabu lalu.

"Pengadu juga turut mendakwa pernah melihat mangsa dipukul oleh suspek," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

DISYORKAN UNTUK ANDA

REMAJA MENINGGAL DUNIA SELEPAS TERTUSUK PISAU YANG DIBALING KAKAKNYA

WANITA RENTUNG DALAM KERETA SELEPAS SEMINGGU PULANG DARI MEKKAH

SEORANG WANITA MEMBUNUH WANITA HAMIL DAN CULIK BAYI DALAM KANDUNGANNYA


Hasil daripada siasatan mendapati kanak-kanak lelaki itu dijaga pasangan terbabit sejak berusia lima bulan selepas diserahkan oleh seorang individu tidak dikenali secara suka rela.

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian badan dan kaki serta kesan luka di bahagian kemaluan dipercayai didera dengan menggunakan tangan oleh suspek, dan kini mangsa dirawat di Hospital Ampang" katanya.

Penangkapan seorang lelaki yang merupakan ayah angkat kepada mangsa dilakukan selepas siasatan dijalankan.

Suspek kini direman lima hari bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.


 

Post a Comment

0 Comments