Bayi lelaki yang berjaya diselamatkan menerusi pembedahan
selepas ibunya meninggal dunia akibat kemalangan sewaktu mengelak ular melintas
di Kilometer 29, Kampung Charuk Padang, Jalan Jeniang-Sik-Pedu Rabu lalu, akhirnya
meninggal dunia hari ini.
Perkara itu disahkan datuknya, Mansor Adali, 51, yang memaklumkan jenazah bayi lelaki berusia empat hari itu akan dibawa ke rumahnya di Bandar Beris Jaya, di Sik hari ini.
Menurutnya, dia sempat menatap wajah cucunya itu yang diberi
nama Muhammad Irfan Hidayat Afnan Aliff di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH),
Sungai Petani selepas doktor mengesahkan bayi itu meninggal dunia sekitar 2
petang tadi.
"Saya sempat menatap wajah cucu yang sangat berseri
walaupun sudah tidak bernyawa lagi dan doktor sudah berusaha untuk
menyelamatkan nyawanya tetapi Allah lebih menyayanginya.
DISYORKAN UNTUK ANDA
- REMAJA MENINGGAL DUNIA SELEPAS TERTUSUK PISAU YANG DIBALING KAKAKNYA
- WANITA RENTUNG DALAM KERETA SELEPAS SEMINGGU PULANG DARI MEKKAH
- SEORANG WANITA MEMBUNUH WANITA HAMIL DAN CULIK BAYI DALAM KANDUNGANNYA
- DERA KANAK-KANAK BERUSIA 4 TAHUN, SEORANG PENGAWAL KESELAMATAN DITAHAN
"Jasad cucu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Beris Jaya, sejurus selepas segala urusan di hospital selesai," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mansor berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian anak
dan cucunya walaupun sekelip mata.
Katanya, jenazah dijangka akan dikebumikan bersebelahan
pusara ibunya, Nor Hidayah Abdullah, 27, yang meninggal dunia Rabu lalu.
Dalam kejadian 4.30 petang Rabu lalu, Nor Hidayah yang sarat
mengandung anak kedua meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya
bersama remaja perempuannya berusia 16 tahun bergesel dengan sebuah kereta
Perodua Axia yang dipandu seorang wanita di Kilometer 29, Kampung Charuk
Padang, Jalan Jeniang-Sik-Pedu.
Mangsa dikatakan cuba mengelak ular melintas ketika kejadian
menyebabkan dia terjatuh dan meninggal dunia di lokasi.
Bagaimanapun bayi dalam kandungan wanita itu berjaya
diselamatkan menerusi pembedahan di Hospital Sik pada hari kejadian.
Namun bayi itu kemudian dibawa ke unit rawatan rapi neonatal
(NICU) HSAH di Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan lanjut.
-Metro
0 Comments
Terima kasih