Ticker

6/recent/ticker-posts

BAJET 2023~JUMLAH BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)


Bantuan Keluarga Malaysia bagi tahun 2023 (BKM 2023) bakal memberikan bantuan one-off Tertinggi untuk isi rumah lima orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.

Untuk isi rumah sehingga empat orang anak, layak menerima BKM antara RM1,000 hingga RM2,000.

Bagi isi rumah yang berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000, bantuan BKM akan disediakan antara RM500 hingga RM1,250 bergantung dari bilangan anak.

Berikut adalah kategori kelayakan dan jumlah bantuan BKM 2023 yang baru diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam #Bajet2023.

BAYARAN BKM TAHUN 2023

JUMLAH PENDAPATAN / KATEGORI

JUMLAH BKM

1. Isi Rumah (Kahwin)

Pendapatan kurang daripada RM2,500 SEBULAN

Anak lebih 5 orang- RM2,500

Anak 1 hingga 4 orang-RM1,000 HINGGA RM2,000

2. Isi Rumah (kahwin)

Pendapatan RM2,500 Hingga RM5,000

1 hingga 4 Anak (bergantung pada jumlah anak)- RM500 Hingga RM1,250

3. Warga Emas Tiada pasangan/Bujang

RM350 Sehingga RM600 (Bergantung pendapatan)

4. Ibu/Bapa Tunggal

Dinaikkan kepada RM3,000 Berbanding RM2,500

-Tambahan RM500

 Anda boleh klik di pautan berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut beserta dengan dokumen berkaitan #Bajet2023:

https://budget.mof.gov.my/bajet2023/

RANGKUMAN BAJET 2023

Fokus Yang Pertama:

Bagi Bajet 2023 pula, Fokus Pertama adalah Kesejahteraan Rakyat. Ianya akan dilaksanakan melalui tig strategi iaitu:

  • Memelihara Kebajikan Rakyat
  • Mengutamakan Keluarga Malaysia
  • Membina Kehidupan Kondusif.

 

Fokus Yang Kedua:

Setelah aspek Kesejahteraan Rakyat diambil kira, Fokus Kedua Bajet 2023 pula adalah Kelangsungan Perniagaan. Ianya akan dilaksanakan melalui tiga strategi iaitu:

·         Mempermudah Aktiviti Perniagaan

·         Merancak Pelaburan dan Perdagangan

·         Menyokong Industri Tumpuan.

 

Fokus Yang Ketiga:

Untuk memastikan kadar inflasi di tahap terkawal, Fokus Ketiga Bajet 2023 ialah Kemakmuran Ekonomi, yang akan dilaksanakan melalui tiga strategi iaitu:

  • Konsolidasi Fiskal dan Kemampanan Hasil
  • Meneruskan Projek Infrastruktur Negara
  • Mengungguli Agenda Kelestarian.

 

Fokus Yang Keempat:

Bajet 2023 dirangka untuk terus mencapai matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Oleh dengan itu, Fokus Keempat Bajet 2023 alah Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan, yang akan dilaksanakan melalui tiga strategi iaitu:

  • Memperkukuh Perkhidmatan Utama
  • Membina Daya Tahan Negara
  • Penyampaian Perkhidmatan Awam Terbaik.

Post a Comment

0 Comments