Bajet 2023 akan
dibentangkan semula sebelum akhir tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata,
bajet berkenaan perlu dibentang semula memandangkan pembubaraan Parlimen yang
dibuat sebelum ia dibahas dan diluluskan.
"Kita dah umum bajet, macam-macam yang kita nak bagi kepada rakyat terutama orang kampung.
BACA JUGA
- JUMLAH BKM BAJET 2023 UNTUK SETIAP KATEGORI
- RINGKASAN BELANJAWAN BAJET 2023
- Parliment Sah Di Bubar Hari ini ~Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
- LUPA KATA LALUAN BKM? IKUTI EMPAT CARA RESET ID DAN TUKAR PASSWORD BKM
"Tetapi kita
belum luluskan lagi, kita kena bentang dulu dan akan bentang sekali lagi
sebelum akhir tahun ini," katanya ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra
Perdana Menteri bersama peserta Felcra Berhad, pekebun kecil RISDA dan Tok
Batin/Penghulu Orang Asli di Arena Merdeka dekat sini pada Isnin.
Ismail Sabri
memberi keyakinan, semua intipati dalam bajet berkenaan akan diluluskan dan
dilaksanakan sekiranya mendapat mandat sekali lagi sebagai kerajaan.
"Kalau orang
lain perintah, saya tidak jamin dapat apa yang dijanjikan. Kalau kita perintah
dan saya sekali lagi jadi Perdana Menteri, Insya-ALLAH semua bajet yang
dibentangkan akan kita luluskan," katanya.
Beliau berkata,
pelaksanaan bajet bukan seperti janji manifesto kerana apabila sudah
dibentangkan, bermakna kerajaan telah bersedia untuk melaksanakannya.
"Bajet apabila
dibentangkan bermakna duit sudah tersedia ada, itu bezanya, duit sudah ada cuma
tunggu lulus sahaja, apabila dah lulus, terus boleh dilaksanakan,"
katanya.
Pada 7 Oktober
lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membentangkan Bajet
2023 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan
keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion.
Belanjawan itu
merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan
perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.
Sumber-Sinar Harian.
0 Comments
Terima kasih