Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022, yang mempunyai
peruntukan bagi melarang AhlI Dewan Rakyat bertukar parti, akan berkuatkuasa
esok (5 Oktober 2022), kata Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Selain daripada itu, tarikh pelaksanaan itu telah mendapat
perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa
Billah Shah, hari ini.
“Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 ini telah
diluluskan Dewan Rakyat pada 28 Julai 2022. Majoriti sokongan 209 orang Ahli
Parlimen, dimana 11 orang tidak hadir. Dan (sokongan) Dewan Negara pada 9 Ogos
2022 dengan majoriti sokongan 52 Senator, di mana tujuh orang tidak hadir.
“Akta Perlembagaan ini, telah mendapat perkenan Ke Bawah
Duli Yang Maha Mulia YDP Agong, pada 31 Ogos 2022, dan telah diwartakan sebagai
Akta A1663 pada 6 September 2022.
“Alhamdulillah, akta ini dapat perkenan YDP Agong bagi
tarikh kuat kuasa pada 5 Oktober 2022, dan selaras dengan Seksyen 1 (2) dan
Seksyen 1(2) Akta A1663, dan akta ini juga telah digazetkan pelaksanaannya baru
sekejap tadi,” katanya lagi.
Wan Junaidi juga berkata, terdapat empat negeri yang sudah
meluluskan akta berkaitan larangan bertukar parti di peringkat Dewan Undangan
Negeri, iaitu Sarawak, Sabah, Kelantan, dan Pulau Pinang.
Bagi tujuan penyelarasan, beliau berkata, Perdana Menteri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengutus surat kepada kesemua Kerajaan
Negeri, meminta mereka mengikut ketetapan berdasarkan Akta tersebut.
“Maka itulah kenapanya surat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menyusul kepada semua negeri, meminta negeri selaraskan menggunapakai pindaan yang kita telah gubal di bawah Jadual Ke-lapan Pindaan Perlembagaan ini.
“Dan jadual itu adalah untuk selaraskan penggunaan ahli berpindah parti di negeri-negeri yang boleh digunapakai pada pihak ADUN dia. Walaupun case review Nordin Salleh telah di overturn dia punya decision, tetapi kesannya sama. Kita hendak undang-undang itu diselaraskan supaya peruntukan di semua negeri itu bersama-sama (dengan semangat akta),” katanya lagi.
Sumber: Awani
0 Comments
Terima kasih