Ticker

6/recent/ticker-posts

Warga Asing Pukau Pekerja Klinik Sebelum Melarikan Diri Bersama Wang Tunai

 

Tular di laman sosial seorang lelaki warga asing bertutur menggunakan bahasa yang sukar difahami sebelum melarikan diri bersama wang tunai dan makanan haiwan.

Terbaru, suspek dikatakan menggunakan pukau terhadap seorang pekerja klinik haiwan di Seri Kembangan, Sabtu lalu.


Dalam kejadian itu, suspek datang ke klinik berkenaan untuk membeli makanan kucing jam 5.48 petang. Suspek yang memakai pelitup muka mengambil makanan kucing yang berharga RM11 dan ketika membuat pembayaran di kaunter suspek memberikan wang kertas RM100. Kata Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan.


DISYORKAN UNTUK ANDA

·  Kepala Seorang Pelajar Tersangkut Kon Plastik

·   Dua Beranak Cedera Parah

·  Peringatan!!! Jauhi Kawasan Pantai di Kuala Langat

·  Bayi Perempuan Ditinggalkan atas Jalan Raya

 

" Pengadu seolah kena pukau dan memberikan semula baki kepada suspek dengan tunai RM 100.


"Sebaik suspek beredar, pengadu sedar lelaki itu gagal membuat pembayaran makanan kucing RM 11 malah sudah melarikan diri dengan wang tunai RM100," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semakan laporan polis mendapati tiada lagi kes menggunakan modus operandi seumpama kes ini dilaporkan di daerah ini.


Beliau berkata, individu lain yang menjadi mangsa suspek disarankan untuk membuat laporan di balai polis terdekat.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan suspek kini giat dikesan polis," katanya.

 


Post a Comment

0 Comments