Ticker

6/recent/ticker-posts

Tracie Sinidol juara dewi Remaja 2022

 

Kuala Lumpur: Peserta kelahiran Sabah, Tracie, 21 dinobatkan juara pertandingan Dewi Remaja 2022 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, malam ini.

Kemenangan itu menyaksikan Tracie atau nama sebenarnya Tracie Sinidol berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 serta trofi.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh pemenang Dewi Remaja edisi 2019, Shaza Bae yang memakaikan Tracie mahkota kemenangan dan selempang juara.

Tempat kedua pula menjadi milik Bee Aishah dengan membawa hadiah wang tunai bernilai RM7,000 berserta trofi, manakala tempat ketiga dimenangi Kimberly dengan habuan berjumlah RM5,000 dan trofi diikuti Alyssa di tempat keempat dengan hadiah wang tunai RM1,000 dan trofi.

Pada majlis itu, Alyssa turut dipilih sebagai Dewi Aktif Kinohimitsu,manakala Tracie memenangi kategori Dewi Favourite menerusi hasil undian peminat di laman web rasmi Remaja.

Dalam masa sama, Dewi Inspirasi pula menjadi milik Keeran.

Kesemua finalis diadili barisan juri terkenal seperti Datuk Aznil Nawawi, Izara Aishah dan Didie Alias.

Malam kemuncak Dewi Remaja 2022 dihoskan oleh Fikry Ibrahim.

Pertandingan akhir itu turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Noraniza Idris, Wani Kayrie, Amsyar Lee dan Isaac Voo.


Post a Comment

0 Comments