Ticker

6/recent/ticker-posts

Tikam Isteri Hingga Mati Lalu Terjun Pangsapuri


 

Satu kejadian maut berlaku di sebuah pangsapuri di Jalan Sungai. Kejadian itu membabitkan seorang lelaki dan teman wanitanya yang berasal dari Myanmar.

Wanita yang bekerja di sebuah kilang emas itu dikenali sebagai Khin Nyein, 30.

Difahamkan, dalam kejadian jam 8 malam itu, lelaki berusia 30-an terbabit menikam wanita terbabit sebelum dia melompat dari tingkat lapan pangsapuri berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan V Saravanan berkata, menurut saksi, mereka baru pulang dari kerja.

"Setibanya di tingkat lapan pangsapuri itu, suspek lelaki tiba-tiba memeluk si mati dari arah belakang dan menutup mulutnya.

DISYORKAN UNTUK ANDA

·          Kepala Seorang Pelajar Tersangkut Kon Plastik

·          Warga Asing Pukau Pekerja Klinik

·          Dua Beranak Cedera Parah

·          Peringatan!!! Jauhi Kawasan Pantai di Kuala Langat

·          Bayi Perempuan Ditinggalkan atas Jalan Raya

"Dia kemudian menikam perutnya beberapa kali menggunakan pisau," katanya ketika dihubungi New Straits Times di sini malam ini.

Saravanan berkata, saksi cuba menyelamatkan rakannya namun ditolak suspek.

"Suspek kemudian terjun dari pangsapuri itu dan meninggal dunia.

"Mayatnya ditemui di tempat letak kereta di tingkat bawah," katanya sambil menambah mangsa dan suspek tidak tinggal bersama.

Saravanan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

 

Post a Comment

0 Comments