Ticker

6/recent/ticker-posts

Tidak Terima Diputus hubungan Oleh Teman Wanita, Lelaki 20an Ugut Culik dan Pukul

 

Akibat berang teman wanita memutuskan hubungan serta bapa saudara wanita terbabit menghalang hubungan mereka menyebabkan seorang lelaki mengugut mahu menculik dan memukul bekas kekasihnya.

Suspek berusia 22 tahun itu melakukan ugutan itu ketika menghubungi bapa saudara bekas teman wanita berusia 35 tahun ketika mangsa berada di kediamannya di Pangsapuri Lembah Jaya Selatan, di sini, pada 15 September lalu.

Mereka berpisah sejak Disember 2020 namun suspek sering mengganggu dan mengugut mangsa berusia 20 tahun malah turut mengugut bapa saudara bekas kekasihnya.

Bimbang dengan keselamatan, bapa saudara wanita terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah.

DISYORKAN UNTUK ANDA

·         Seorang Datin ditemui Maut dengan kesan Kecederaan pada Badan dalam Rumahnya
·         Kereta BertembungLori 12 tan, Dua Beranak Cedera Parah
·         Demi upah RM1,800sanggup sewa Van dan bawa 12 PATI
·         Warga Emas MautDiserang Anjing Baka (Pitbull)

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata bertindak atas laporan polis itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menahan suspek di sebuah restoran Taman Larkin Perdana, Johor Bahru kelmarin.

Menurutnya, punca kejadian adalah perselisihan faham antara suspek dengan bekas teman wanitanya.

"Semakan rekod jenayah juga dapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah yang dikehendaki.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya," katanya.



Post a Comment

0 Comments