Ticker

6/recent/ticker-posts

TERKINI: KEMASKINI MAKLUMAT ATAU NOMBOR TELEFON SEBELUM 30 SEPTEMBER 2022


Makluman penting kepada semua pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), baru-baru ini pihak BSN telah mengumumkan info penting untuk pelanggan BSN. Dimana semua pelanggan BSN di arahkan untuk mengemaskini maklumat yang terkini.

TUJUAN PENGEMASKINIAN

Tujuan utama pengemaskini adalah untuk memastikan maklumat pelanggan lengkap dan terkini serta memudahkan pihak bank untuk untuk menghubungi pelanggan jika perlu. Selain itu, ini adalah salah satu inisiatif pihak Bank untuk mengelak sebarang aktiviti scam.

 

APA YANG BERLAKU JIKA TIDAK KEMASKINI SEBELUM 30 SEPTEMBER

  • Akan ada gangguan buat sementara waktu sehingga anda membuat kemaskini maklumat
  • Anda tidak dapat membuat sebarang transaksi pengeluaran wang dan pembayaran bil
  • Penggunaan ATM serta perbankan internet MyBSN juga akan terganggu buat sementara waktu sehingga anda membuat pengemaskinian maklumat.

Oleh itu, diminta kerjasama daripada semua pelanggan BSN untuk datang ke bank BSN yang terdekat untuk membuat kemaskini maklumat terkini pengguna.


SIAPA YANG PERLU MEMBUAT KEMASKINI?

Mereka yang tiada membuat sebarang aktiviti pengemaskinian maklumat seperti berikut dalam tempoh 4 tahun atau lebih:

  • Nombor Telefon
  • Alamat tetap atau alamat surat-menyurat
  • Pekerjaan
  • Nama Majikan

Bagi pelanggan yang ingin mengemaskini nombor telefon diminta untuk terus datang ke Cawangan BSN yang terdekat kerana wajib untuk melakukan pengesahan kad pengenalan diri serta biometrik Cap jari.

*Pengemaskinian nombor telefon adalah perlu untuk memudahkan BSN menghubungi pelanggan bagi transaksi perbankan yang melibatkan kewangan seperti TAC dan BOSS CODE.

Untuk kemaskini maklumat lain seperti pekerjaan,alamat dan majikan boleh dilakukan di saluran berikut:

  • Cawangan BSN
  • Pusat Perhubungan pelanggan BSN
  • Laman Perbankan Internet MyBSN
  • Cawangan Bank Bergerak BSN
  • Kaunter Promosi BSN (Terpilih)

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari BSN MALAYSIA atau hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di talian 1300-88-1900

 

Sumber: BSN Malaysia

 

 

 

 


Post a Comment

0 Comments