Di daerah Chikasi dua pasangan mempelai, Bangladesh memilih buku
sebagai mas kahwin pada hari pernikahan mereka baru-baru ini.
Pengantin lelaki yang bernama Nikhil Nuashad bersetuju
menyerahkan 101 naskhah buku kepada pasangannya, Shantana Khatun sebagai mahar.
Hantaran mas kahwin itu menjadi perbualan tetamu dan penduduk kampung kerana
kebiasaannya ia melibatkan emas, wang atau keperluan wanita.
Selain buku, Shantana turut menerima pin hidung, cincin dan 70
buah buku bernilai 11,000 taka (RM485).
Baki 31 buku lagi akan dibayar dan diserahkan secara berperingkat.
Pasangan pengantin baharu itu jatuh cinta menerusi penulisan
puisi semasa mereka menuntut di sebuah kolej kerajaan.
Dalam pada itu, Nikhil memberitahu pemberita bahawa Shantana
hanya mahukan 101 buku sebagai mas kahwin dan berharap kisah mereka akan
menginspirasikan pasangan lain ke arah perkahwinan tanpa mahar. - Agensi
0 Comments
Terima kasih