Seorang pemandu lori maut, manakala tujuh anggota polis parah dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) rembau, di sini, jam 3.40 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad, berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah van polis yang dinaiki tujuh anggota polis Johor Bharu Utara, sebuah lori dan dua juga kenderaan lain.
"kemalangan itu mengakibatkan tujuh anggota polis mengalami kecederaan parah manakala pemandu lori disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Semua mangsa dalam proses dibawa ke hospital
berdekatan,"
DISYORKAN UNTUK ANDA
- Warga emas maut diserang anjing baka pitbull
- Seorang lelaki nekad bakar istrinya hidup-hidup
- Seorang lelaki Jadikan dua anak hamba seks sejak tujuh tahun
- Tiga lelaki ditahan ceroboh asrama perempuan
Bagaimanapun siasatan lanjut masih lagi dijalankan oleh pegawai penyiasat di
lokasi kejadian untuk mengetahui punca kemalangan tersebut.
Sumber:
sinar harian
0 Comments
Terima kasih