Ticker

6/recent/ticker-posts

Seorang lagi disahkan maut ,kemalangan kereta rempuh Treler


Seorang lagi mangsa disahkan meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan kereta dan treler di Kilometer 70.4 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, di sini, dan menjadikan keseluruhan empat maut dalam kejadian awal pagi tadi.

Sebelum ini, pihak bomba memaklumkan tiga sekeluarga maut, manakala seorang lagi parah selepas kereta dinaiki empat sekeluarga dari arah Melaka menuju Johor itu merempuh treler yang memperlahankan kelajuan disebabkan kemalangan berasingan membabitkan empat kenderaan yang berlaku di hadapannya.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata mangsa wanita berusia lingkungan 50-an itu, Hong May Yin sebelum ini dikatakan parah, selepas di sah kan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, di sini.

disyorkan untuk anda

·         Kemalangan Ngeri~3 sekeluarga Maut dan 1 Parah

·         Remaja Perempuan Maut Selepas Motorsikal Bertembung

·         Seorang kanak-kanak melarikan diri tidak sanggup di dera ibu bapa sendiri

Mangsa yang memandu kereta terbabit, selain penumpang belakang, iaitu Goh Pei Chiew dan Goh Xuan Ting, masing-masing berusia lingkungan 20-an disahkan maut di lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 


Post a Comment

0 Comments