Ticker

6/recent/ticker-posts

Seorang Datin ditemui Maut dengan kesan Kecederaan pada Badan dalam Rumahnya


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kematian wanita berusia lingkungan 70-an itu pada jam 8.25 malam di rumahnya di Taman Paroi Jaya pada Jumaat.

‘’Wanita warga emas yang bergelar Datin itu ditemukan maut dengan kesan kecederaan pada badannya dan beberapa barang peribadinya turut hilang’’ berikut hasil siasatan di tempat kejadian.

"Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban untuk proses bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

DISYORKAN UNTUK ANDA

Menurutnya, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan masyarakat diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam pada itu, Nanda berkata, polis meminta individu bernama Mohd Faizul Mohamad Ali Kamil, 45, dengan alamat terakhir di Kampung Berkat Chembong, Rembau untuk tampil bagi membantu siasatan.

Ujarnya, maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Fauzan Azima Razak di talian 06-6033222.

 


Sumber: sinar harian

Post a Comment

0 Comments