Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Viral: Roti Boy Mudah dan Gebu hanya guna sukatan cawan

 

Roti Boy ini menjadi viral sejak akhir-akhir ini, sedikit kisah Asal usul terciptanya nama Roti boy ini adalah di ambil sempena perkataan "Naughty Boy" yang sering digunakan Hiro Tan (Founder) untuk anak saudaranya. Malah logo Roti boy juga adalah lakaran wajah anak saudaranya.

Roti boy ini adalah sejenis bun lembut yang dibakar bertoppingkan krim kopi unik dan sangat menakjubkan dan berintikan mentega gula. Kepada pencinta kopi, roti ini sangat la sempurna untuk anda nikmati waktu sarapan pagi atau minum petang.

 


Berikut adalah resipi yang dikongsikan oleh Ida Zaida untuk anda yang ingin mencuba membuatnya sendiri di rumah.

 

ROTI BOY

Bahan A:

1/4 cawan air sejuk

2 sudu yis

1 sudu gula

1 sudu susu pekat (empunya resepi guna susu tepung 2 sudu)

2 cawan tepung

1 biji telur kuning

1 sudu butter

 

Bahan B (topping):

1 sudu butter

4 sudu gula perang (bergantung nak banyak mana)

1 biji telur

Air bancuhan nescafe (empunya guna 3 in 1)

2 sudu tepung gandum

1 sudu tepung jagung

 

Doh roti:

1. Satukan semua bahan2 A ke dalam mangkuk. Uli hingga sebati. Empunya resepi uli dengan mixer sekejap je dah gebu nak uli dengan tangan pun boleh.

 

2. Bentukkan doh bulat2 bubuh sedikit potongan butter beserta sedikit gula (bagi rasa lemak2 manis).

 

3. Bila doh dah mengembang elok letak topping barulah dibakar.

 

4. Bakar suhu 170°c selama 20 minit hingga masak (mengikut oven memasing).

 


Bahagian topping:

1. Satukan semua bahan B bersama air bancuhan nescafe (2 sudu nescafe + 2 sudu air panas) kalau guna nescafe 3 in 1 paket tanpa perlu dibancuh dengan air masukkan je terus. Kacau rata sampai sebati dan boleh letak atas roti dan bakar. Sedia untuk dihidangkan.

 


Sumber Resepi & gambar: Ida Zaida


Post a Comment

0 Comments