Ticker

6/recent/ticker-posts

Remaja Perempuan Maut selepas Motosikal Bertembung

Seorang remaja perempuan maut dalam kemalangan, apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan seorang penunggang motosikal yang datang dari arah yang bertentangan dalam perjalanan pulang ke rumah. di Jalan Lencong Barat sungai petani malam tadi.

Kejadian itu berlaku, apabila sebuah motosikal yang ditunggangi seorang lelaki berusia 52 tahun tiba-tiba muncul dari arah bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata dalam kejadian jam 12.10 tengah malam itu, mangsa berusia 19 bersama seorang rakan wanita berusia 20 tahun menunggang motosikal berasingan dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di sebuah pasar raya.


DISYORKAN UNTUK ANDA

Dari hasil siasatan pihak polis mendapati, ketika itu mangsa dan rakannya menunggang motosikal dari arah Sungai Jagung menghala Sungai Layar sebelum terjadinya pertembungan.

Akibat dari pertembungan tersebut mangsa cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala rakannya dan lelaki yang menunggang melawan arus masing-masing cedera di muka dan tangan kanan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 


Sumber: Awani

Post a Comment

0 Comments