Ticker

6/recent/ticker-posts

RASMI: TARIKH BAYARAN BKM FASA 3 DAN RAYUAN


Berita baik untuk semua rakyat Malaysia, Pembayaran Fasa 3 dan rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September ini secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran berjumlah RM2.2 bilion itu akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima.

Beliau juga berkata bahawa, penerima BKM terdiri daripada penerima yang sedia ada dari kategori isi rumah, warga emas bujang atau tiada pasangan, bujang serta individu yang telah lulus rayuan BKM.

Berikut jumlah yang akan diterima bagi BKM FASA 3:



"Untuk BKM Fasa 3, setiap penerima BKM yang sedia ada bakal menerima sehingga RM900'',katanya.

Lebih dari 80,000 Penerima yang telah diluluskan rayuan BKM akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing, termasuk tunai tambahan yang diumumkan Jun lepas.

Anda boleh membuat semakan status pembayaran untuk Fasa 3 mulai 20 September ini melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.

Sementara bagi Fasa 4 pula, Ismail Sabri menambah bayaran berjumlah RM2.1 bilion dijangka disalurkan kepada mereka yang layak pada Disember depan.

Tambahannya, kerajaan akan kekal komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar dengan aspek jaringan keselamatan sosial akan terus diberi tumpuan di dalam Bajet 2023.



 

Sumber: Awani

 

 

 

Post a Comment

0 Comments