Ticker

6/recent/ticker-posts

Rakyat Malaysia ke Thailand Diingatkan untuk Tidak Mengambil atau Membawa Pulang Ganja

 rakyat Malaysia tidak dibenarkan mengambil atau membawa pulang ganja dan ketum. - Gambar hiasan/ Reuters


Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid memberi peringatan kepada rakyat Malaysia yang memasuki Thailand khususnya memandu kenderaan atau menunggang motosikal harus mematuhi dan menghormati undang-undang jalan raya negara jiran itu.

Selain daripada itu mereka juga perlu mematuhi larangan tidak boleh membawa masuk e-cigarettes atau vape serta membawa alat perhubungan 'walkie-talkie'. Serta peringatan penting untuk rakyat Malaysia agar tidak mengambil atau membawa pulang ganja dan ketum.

Pihak berkuasa Malaysia akan membuat pemeriksaan dan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu jika membawa masuk ganja dan ketum ke Malaysia dari negara itu.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri seminar bagaimana memandu dan menunggang dengan selamat di selatan Thailand yang diadakan di Wilayah Trang baru-baru ini.

Dimana Seminar itu telah diadakan sempena "Trang Bike Week 2022: Charity Ride For Nayong Hospital". Seminar anjuran Malaysia -Thailand Rider Association dengan kerjasama Pejabat Pelancongan Wilayah Trang dan Office of Insurance Commission.

Dimana hasil daripada charity tersebut dikumpul untuk kegunaan Hospital Nayong.

Sementara itu, wakil dari Office of Insurance Commission, Kriangsak Tana-are-ruk berkata pemandu dan penunggang asing digalakkan untuk membeli insurans dan mengisyitharkannya di pintu masuk bagi memastikan mereka terlindung sekiranya berlaku sebarang musibah.

Ini sebagai perlindungan bagi pemandu dan penunggang jika terlibat dalam kemalangan jalan raya atau kenderaan dan harta benda mereka alami kerosakan atau kehilangan, katanya.



Sumber: bernama

Post a Comment

0 Comments