kerajaan sedang mengkaji untuk menambah baik skim perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi pekerja sektor swasta.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, penambahbaikan itu penting kerana ramai pekerja sektor itu yang sudah pencen tidak mempunyai simpanan wang secukupnya untuk membiayai rawatan satu-satu penyakit kronik jika menghidapnya.
“Saya sangat risau
kerana sebaik sahaja tidak bekerja, mereka sudah tidak mendapat perlindungan
daripada Perkeso (sekiranya tidak membuat caruman sendiri). Apabila
penambahbaikan skim perlindungan ini terlaksana, pekerja swasta yang pencen ini
dapat memperoleh manfaat yang ada dalam polisi skim itu walaupun mereka sudah
tidak bekerja dengan majikan mereka,” katanya setelah menghadiri Perhimpunan
Keluarga Kesatuan Sekerja Se-Malaysia 2022 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)
di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA
- CARA CLAIM DUIT PERKESO JIKA CUTI SAKIT
- JAWATAN KOSONG PEMBANTU KLINIK
- SENARAI KEKOSONGAN KKM 2022
- JAWATAN KOSONG PETRONAS
Beliau menyifatkan sebagai membimbangkan apabila pekerja sektor
swasta tidak mempunyai jaringan keselamatan, pendapatan atau simpanan selepas
mencapai usia 60 tahun, kerana ramai telah mengeluarkan simpanan dalam Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Dalam pada itu,
Saravanan tidak menolak kemungkinan bahawa syarikat swasta akan diminta
menambah caruman pekerja mereka di dalam Perkeso sekiranya penambahbaikan skim
perlindungan itu dilaksanakan.
Namun menurutnya,
banyak kajian yang perlu dilakukan kementeriannya serta Perkeso berhubung
perkara ini.
Sumber: Utusan
0 Comments
Terima kasih