Ticker

6/recent/ticker-posts

Peringatan !!! Jauhi Kawasan Pantai di Kuala Langat

Gambar hiasan

Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak berada dan melakukan sebarang aktiviti di kawasan pantai di Kuala Langat berikutan fenomena air pasang besar dijangka melanda daerah berkenaan bermula esok.

Menurut hantaran di Facebook Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) hari ini memaklumkan, susulan fenomena itu, beberapa pantai iaitu Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Cunang dan Jeti Tanjong Sepat akan ditutup kepada orang awam sehingga Khamis ini.

Menurut hantaran tersebut sebarang aktiviti seperti mandi, berkhemah, berkelah, memancing, menaiki bot dan berniaga tidak dibenarkan di kawasan terbabit sepanjang tempoh tiga hari ini,.

DISYORKAN UNTUK ANDA

·  Seorang Wanita Memilih Buku Sebagai Mas Kahwin

·   Kereta BertembungLori 12 tan, Dua Beranak Cedera Parah

·   Demi upah RM1,800 sanggup sewa Van dan bawa 12 PATI

·   Orang Awam Temukan Bayi Perempuan Ditinggalkan atas Jalan Raya


Orang ramai boleh menghubungi Skuad Pantas MPKL menerusi talian 012-3004256 untuk sebarang pertanyaan lanjut dan aduan berkaitan fenomena berkenaan.

Sementara itu, berdasarkan ramalan air pasang besar, daerah Kuala Langat dijangka merekodkan ketinggian 5.3 meter pada jam 6.52 pagi Selasa (esok) diikuti 5.4 meter pada jam 7.53 pagi Rabu dan 5.3 meter pada jam 6.42 pagi pada Khamis.




Post a Comment

0 Comments