Seorang bayi
perempuan yang cukup sifat ditemukan ditinggalkan di atas jalan raya di Jalan
Kampung Korikot, Tambunan dekat sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah
Keningau DSP Nor Rafidah Kasim berkata bayi perempuan itu, ditemukan orang awam
pada pukul 1.05 pagi sebelum membuat laporan kepada pihak polis.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai perkara itu pada pukul 2.38 pagi, dan siasatan awal mendapati, bayi perempuan tersebut ditemukan orang awam yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.
DISYORKAN UNTUK ANDA
· Seorang Datin ditemui Maut dengan kesan Kecederaan pada Badan dalam Rumahnya
· Kereta BertembungLori 12 tan, Dua Beranak Cedera Parah
· Demi upah RM1,800sanggup sewa Van dan bawa 12 PATI
· Warga Emas MautDiserang Anjing Baka (Pitbull)
· Tidak Terima Diputus hubungan Oleh Teman Wanita, Lelaki 20an Ugut Culik dan Pukul
"Bayi tersebut
dalam keadaan dibalut dengan kain putih bercorak bunga. Pengadu terkejut dan
terus mengangkat bayi itu masuk ke dalam kereta.
"Bayi terbabit
kemudian dibawa ke Hospital Tambunan untuk pemeriksaan dan rawatan
lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nor Rafidah berkata
bayi perempuan tersebut dalam keadaan stabil dan masih mendapatkan rawatan di
hospital berkenaan.
Beliau berkata kes
disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai
sebarang maklumat berhubung kes itu, diminta menghubungi pegawai penyiasat
Inspektor Mohd Damsa Dahlan di talian 016-448 6747.
-Bernama
0 Comments
Terima kasih