Ticker

6/recent/ticker-posts

Nekad Bakar isteri Sering Main Telefon Bimbit Dengan Wajah Gembira

Gambar sekadar hiasan


Cemburu punya pasal, seorang lelaki nekad beli tiga botol petrol untuk bakar isterinya hidup-hidup.
Gara-gara cemburu melihat isteri asyik bermain telefon bimbit, seorang lelaki di Bogor, wilayah Jawa Barat cuba membakar mangsa hidup-hidup dengan menyimbah minyak petrol ke dalam bilik tidur mereka.

Menurut ketua polis Sukamakmur Iptu Sutopo Pranolo, niat suspek mahu membakar isterinya bagaimanapun berjaya dihidu jiran tetangga yang curiga lihat dia membeli tiga botol minyak petrol.

“Mereka dapat tahu suspek hendak menggunakan minyak petrol tersebut untuk membakar mangsa yang ketika itu berada dalam bilik tidurnya”. Kata Iptu


DISYORKAN UNTUK ANDA

· Kemalangan Ngeri~3 sekeluarga Maut dan 1 Parah

· Remaja Perempuan Maut Selepas Motorsikal Bertembung

· Seorang kanak-kanak melarikan diri tidak sanggup di dera ibu bapa sendiri

Suspek yang dikenali sebagai K itu dilaporkan berang kerana isterinya sering bermain telefon bimbit dengan wajah gembira.
Menyangka isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain, suspek bertindak membeli minyak petrol sebelum membakar mangsa.

Setibanya di rumah, suspek menyimbah minyak petrol ke arah bilik lalu menyalakan api.

Mangsa dilaporkan terbakar di bahagian kaki kiri, beberapa jiran suspek yang curiga dengan sikap lelaki itu bertindak pantas dengan menangkapnya lalu menyerahkannya kepada polis. lapor laman berita Suara.com semalam.

 



 

Post a Comment

0 Comments