Ticker

6/recent/ticker-posts

Lelaki Lemas, Kereta Menggelongsor Masuk ke Laut

Seorang lelaki meninggal dunia selepas terperosok di bawah kereta ketika dikatakan cuba menahan sebuah kereta dari menggelongsor ke laut di Teluk Senangin Lumut malam tadi gambar kecil di bawah sebelah kiri.

Seorang lelaki telah meninggal dunia dipercayai akibat lemas selepas terperosok di bawah sebuah kereta jenis Proton Pesona ketika cuba untuk menahan kereta tersebut dari menggelongsor ke laut di Teluk Senangin Lumut malam tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, ketika kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Hafiz Ramli, 31 tahun itu datang ke pantai berkenaan bersama seorang rakan untuk memancing.

Menurutnya, mangsa bersama rakannya itu telah meninggalkan kenderaan berkenaan di kawasan berbukit menghala ke pantai tanpa mematikan enjin. Dimana mangsa dan rakannya kemudian keluar dari kereta untuk melihat kesesuaiannya tempat bagi aktiviti memancing.

Namun secara tiba-tiba rakannya itu terdengar suara mangsa menjerit meminta pertolongan dan melihat kereta itu telah mengelongsor ke kawasan pantai.

Rakan mangsa cuba memberi bantuan, mangsa yang berada dihadapan kereta cuba untuk menghalang kereta tersebut dari bergerak namun tidak lama kemudian mangsa terjatuh di bahagian bawah kenderaan yang ditenggelami air.

Mangsa kemudian berjaya dibawa keluar dengan bantuan orang awam selepas 20 minit kemudian.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan hasil daripada bedah siasat yang dijalankan di Hospital Seri Manjung mendapati, kematian mangsa akibat lemas," ujarnya.

Nor Omar berkata, siasatan polis ditempat kejadian tidak menemui sebarang unsur-unsur jenayah. Kes itu selesai dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.




Post a Comment

0 Comments