Ticker

6/recent/ticker-posts

Kes rogol melibatkan dua pelajar dan kelindan lori



Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud menerima tiga laporan kes rogol membabitkan tiga pelajar sekolah menengah di Kota Bharu, Kelantan pada 2 dan 3 September lepas.

Beliau memaklumkan bahawa dua kejadian rogol tersebut berlaku di kawasan sekolah yang sama di mana melibatkan mangsa dan suspek yang berbeza.

"Siasatan awal mendapati kejadian itu dilakukan secara sukarela bersama pasangan kekasih masing-masing,"


"Tiga suspek yang terlibat telah pun ditangkap, dimana suspek merupakan dua pelajar sekolah menengah dan seorang kelindan lori berumur antara 17 tahun dan 19 tahun," katanya menerusi satu kenyataan malam tadi.


Beliau juga berkata bahawa, Hasil ujian saringan awal dadah ke atas kesemua suspek juga didapati negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau.

Kesemua suspek direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lapan hingga 30 tahun dan sebatan.

 

Sumber: Awani


Post a Comment

0 Comments