Ticker

6/recent/ticker-posts

Kereta Bertembung Lori 12 tan, Dua Beranak Cedera Parah

 keadaan kereta Toyata Avanza habis kemalangan dan di gambar kecil di bawah adalah keadaan lori 12 muatan yang hanya mengalami kerosakkan bahagian hadapan

Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.13 pagi adanya kemalangan yang melibatkan kenderaan Toyota Avanza dan lori 12 tan tiada muatan di Jalan Kasagaan Pitas, Kota Marudu pada jam 11 pagi tadi.

Selepas menerima panggilan kecemasan tersebut, pasukan penyelamat Kota Marudu bergegas ke lokasi kejadian.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pasukan penyelamat mendapati dua orang mangsa tersepit dalam kenderaan Toyota Avanza tersebut.

DISYORKAN UNTUK ANDA

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) mangsa yang cedera dikenali sebagai Arnie Maridun, 42 tahun dan Nur Farhana Ain Askali 11, itu tersepit namun berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat. Manakala mangsa lori 12 tan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kedua mangsa yang cedera parah itu telah pun diserahkan kepada pasukan kesihatan untuk menerima rawatan di hospital,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Operasi ditamat pada jam 1.12 petang, selepas memastikan keadaan terkawal dan tiada kemerbahayaan kepada orang awam.

 



Post a Comment

0 Comments