Ticker

6/recent/ticker-posts

Kanak-kanak maut, dada tertusuk kaca


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, berkata kejadian yang berlaku pada jam 4 petang itu melibatkan seorang budak lelaki yang berusia 7 tahun. Mangsa maut selepas dada tertusuk serpihan kaca ketika bermain di rumahnya dekat Kampung Bukit Changgang, Banting, petang semalam.

Beliau berkata "Semasa kejadian berlaku mangsa dikatakan sedang bermain sendirian, manakala ibu bapa mangsa turut berada di dalam rumah.

Menurut dakwaan dari Ibu bapa kanak-kanak tersebut, mangsa melompat di atas sofa rumahnya sebelum jatuh di atas meja kaca di hadapan sofa,katanya

DISYORKAN UNTUK ANDA

·         Kanak-kanak nekad melarikan diri melalui tingkap tingkat 4 sebuah kondominium

·         Seorang wanita diculik dan dilarikan ke negara jiran

·         Tarikh bayaran BKM fasa 3~Perdana Menteri

·         Jumlah bantuan untuk BKM fasa 3 bagi setiap kategori

Dalam Kejadian itu, telah mengakibatkan dada mangsa terkena serpihan kaca. Mangsa kemudian dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Banting dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bedah siasat akan dilakukan bagi mengetahui punca kematian mangsa dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

 


Post a Comment

0 Comments