Ticker

6/recent/ticker-posts

Iya, kami sudah bercerai, baru-baru ini, Nad Zainal


Selepas tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga, aktres Nad Zainal atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin mengesahkan ikatan perkahwinan dengan Muhammad Faliq Amiruddin terlerai, baru-baru ini.

Nad dan Muhammad Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015 dan sepanjang perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6 tahun dan Budi Kalsom, 1 tahun.

Spekulasi mula tercetus apabila terlihat dalam Instagram milik pelakon Takdir Yang Tertulis di TV3 itu mendapati tiada lagi foto bersama Muhammad Faliq.


DISYORKAN UNTUK ANDA


Nad berkata, keputusan berpisah bukan satu perkara yang mudah.

"Iya, kami sudah bercerai, baru-baru ini. Keputusan berpisah ini juga dicapai dengan kata sepakat dan Kami masih berkawan baik demi anak-anak’’

Mengulas mengenai punca penceraian serta bila tarikh berpisah. Pelakon Drama Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2018 itu enggan berkata apa-apa dan mengulas Panjang lebar kerana tidak ingin mengundang fitnah.

"Cukup dikongsi status terkini’’ katanya.

"Apa yang lebih utama, saya perlu kuat untuk meneruskan kehidupan untuk membesarkan dua cahaya mata serta membiasakan diri dengan status ibu tunggal," katanya yang bakal muncul dalam drama Cina Buta arahan Shahrulezad Mohameddin.

 

Sumber:Berita harian


Post a Comment

0 Comments