Ticker

6/recent/ticker-posts

Dua Beranak Maut Rempuh Pokok Selepas Terlanggar Ayam Hutan


 

Di Kilometer 39.5, Jalan Kota Tinggi - Kluang, dua beranak maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang mereka naiki, terbabas merempuh sebatang pokok selepas terlanggar ayam hutan.

Pihak polis menerima maklumat berhubung kemalangan itu jam 8 malam. Penunggang motosikal jenis Yamaha MT-09, lelaki berusia 40 tahun dan anaknya berusia sembilan tahun, maut di lokasi.

Siasatan polis mendapati, kemalangan berlaku apabila motosikal terbabit yang dalam perjalanan dari Bandar Tenggara menghala ke Felda Pengeli Timur, ketika sampai ke lokasi kejadian telah hilang kawalan akibat melanggar seekor ayam hutan yang secara tiba-tiba melintasi jalan.

Motosikal itu terbabas ke kawasan rumput di bahu kiri jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

Orang awam yang melalui jalan tersebut pada jam 7.40 malam menyedari sebuah motosikal terbabas di bahu kiri jalan lalu memaklumkan kepada pihak Polis.

DISYORKAN UNTUK ANDA

·  Seorang Wanita Memilih Buku Sebagai Mas Kahwin

·  Kereta BertembungLori 12 tan, Dua Beranak Cedera Parah

·  Peringatan!!! Jauhi Kawasan Pantai di Kuala Langat

·  Orang Awam Temukan Bayi Perempuan Ditinggalkan atas Jalan Raya

 

Siasatan lanjut masih lagi diteruskan bagi memastikan punca sebenar kejadian.

Orang awam dinasihati supaya lebih peka dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi memastikan keselamatan bersama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Berita harian

Post a Comment

0 Comments