Ticker

6/recent/ticker-posts

Detik Cemas !!!! Kepala Seorang Pelajar Tersangkut Kon Plastik


Tengah hari tadi, seorang kanak-kanak mencetuskan suasana cemas seketika apabila terpaksa menahan sakit lebih 30 minit susulan kepalanya tersangkut pada sebuah kon plastik di Sekolah Kebangsaan (SK) Api-Api.

Namun kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun itu bernasib baik kerana berjaya diselamatkan anggota bomba.

DISYORKAN UNTUK ANDA

·  Seorang Wanita Memilih Buku Sebagai Mas Kahwin

·  Kereta BertembungLori 12 tan, Dua Beranak Cedera Parah

·  Peringatan!!! Jauhi Kawasan Pantai di Kuala Langat

·  Orang Awam Temukan Bayi Perempuan Ditinggalkan atas Jalan Raya

 

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Mohd Ezal Azman memaklumkan sebelum itu pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu jam 1.28 tengah hari tadi.

Katanya, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi mendapati terdapat seorang kanak-kanak tersangkut kon di kepala.

"PKO bertindak memotong kon tersebut menggunakan peralatan khas dan mengeluarkan kepala mangsa dengan selamat.

"Difahamkan mangsa bersekolah pada sesi pagi, dan sewaktu kejadian mangsa hendak pulang sekolah dan sedang bermain dengan rakan-rakan.

"Rakan mangsa memaklumkan mangsa memasukkan kon terlalu kuat hingga tidak boleh ditanggalkan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.



Post a Comment

0 Comments