Ticker

6/recent/ticker-posts

Demi upah RM1,800 sanggup sewa Van dan bawa 12 PATI

Tekong (di hadapan) bersama 12 PATI warga Myanmar dan Thailand yang ditahan bersama van digunakan mereka. - Foto ihsan PDRM



Demi upah RM1,800 seorang lelaki, 33, yang berasal dari Bagan Serai, Perak sanggup meredah risiko menjadi 'tekong darat' dengan membawa 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari sempadan Malaysia-Thailand, sebelum kenderaan yang disewanya ditahan polis di Kilometer 6.1 Lebuhraya Utara Selatan, di sini hari ini.
 
Dalam serbuan yang dilakukan pada jam 5.50 pagi itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, berkata pihaknya menemukan sembilan lelaki warga Thailand berusia antara 15 hingga 40 tahun, selain tiga wanita Myanmar berusia antara 24 hingga 26 tahun dalam kenderaan terbabit.

‘’Hasil siasatan mendapati semua PATI itu masuk ke negara ini melalui sempadan Malaysia-Thailand, dekat sini, jam 9 malam tadi. Dimana mereka dibawa oleh dua orang lelaki masing-masing warga Thailand dan Myanmar yang bertindak menjadi pandu arah dari danok,Thailand ke hitam melalui Kawasan Bukit Tangga di sini.

DISYORKAN UNTUK ANDA

‘’Kesemua PATI itu juga telah membayar RM5,000 seorang kepada seorang lelaki Myanmar yang bertindak sebagai ejen di negara mereka tersebut," katanya.
Berikut Suspek yang bertindak sebagai ‘’tekong darat’’ yang berkerja sebagai pemandu lori itu pula menerima RM150 dari setiap pati yang dia bawa. Suspek juga berkata bahawa ini adalah kali keduanya melakukan perbuatan itu yang mana kali pertama dilakukannya pertengahan bulan ini.


Van Toyota Hiace yang digunakannya pula disewa di Taiping, Perak dengan bayaran RM300 khusus untuk membawa PATI terbabit dari Bukit Kayu Hitam ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Suspek juga dipercayai berurusan dengan seorang lelaki tempatan di Kulim yang akan mengambil PATI itu dan upah hanya dibayar selepas selesai penghantaran itu selesai.


Untuk siasatan lanjut Van Toyota Hiace itu dirampas bersama anak kunci dan alat kawalan jauh serta dua telefon bimbit dan kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.








Sumber: sinar harian

Post a Comment

0 Comments