Ticker

6/recent/ticker-posts

CARA CLAIM DUIT PERKESO JIKA CUTI SAKIT


kerajaan sedang mengkaji untuk menambah baik skim perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi pekerja sektor swasta.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, penambahbaikan itu penting kerana ramai pekerja sektor itu yang sudah pencen tidak mempunyai simpanan wang secukupnya untuk membiayai rawatan satu-satu penyakit kronik jika menghidapnya.

“Saya sangat risau kerana sebaik sahaja tidak bekerja, mereka sudah tidak mendapat perlindungan daripada Perkeso (sekiranya tidak membuat caruman sendiri). Apabila penambahbaikan skim perlindungan ini terlaksana, pekerja swasta yang pencen ini dapat memperoleh manfaat yang ada dalam polisi skim itu walaupun mereka sudah tidak bekerja dengan majikan mereka,” katanya setelah menghadiri Perhimpunan Keluarga Kesatuan Sekerja Se-Malaysia 2022 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini.

DISYORKAN UNTUK ANDA

CARA CLAIM DUIT PERKESO JIKA CUTI SAKIT

JAWATAN KOSONG PEMBANTU KLINIK

SENARAI KEKOSONGAN KKM 2022

JAWATAN KOSONG PETRONAS

Beliau menyifatkan sebagai membimbangkan apabila pekerja sektor swasta tidak mempunyai jaringan keselamatan, pendapatan atau simpanan selepas mencapai usia 60 tahun, kerana ramai telah mengeluarkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dalam pada itu, Saravanan tidak menolak kemungkinan bahawa syarikat swasta akan diminta menambah caruman pekerja mereka di dalam Perkeso sekiranya penambahbaikan skim perlindungan itu dilaksanakan.

Namun menurutnya, banyak kajian yang perlu dilakukan kementeriannya serta Perkeso berhubung perkara ini.

 


Sumber: Utusan

Post a Comment

0 Comments