Ticker

6/recent/ticker-posts

BKM TAMBAHAN RM500 DIKREDITKAN MULAI HARI INI


Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan tunai kerajaan yang mensasarkan kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat yang berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan dalam bajet 2022 dimana akan memberi manfaat kepada semua isi rumah B40 & M40, warga emas,ibu bapa tunggal dan bujang.


Untuk makluman anda, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuat secara berperingkat iaitu melibatkan 4 fasa dalam setahun. Kadar bayaran bagi setiap fasa adalah berbeza mengikut kategori penerima bantuan. Kerajaan juga turut menyediakan bayaran BKM tambahan kepada beberapa kategori yang layak.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bayaran BKM Tambahan.


KADAR TAMBAHAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) hanya diberikan kepada penerima isi rumah berikut:

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat atau;
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus warga emas yang mempunyai anak menepati syarat.



SEMAKAN KELAYAKAN BKM TAMBAHAN

Semakan boleh dibuat secara online melalui laman khas Bantuan Keluarga Malaysia. Berikut merupakan cara-cara untuk melakukan semakan Tambahan:

  • Pergi ke laman https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan klik semak
  • Sahkan kata kunci keselamatan anda dan klik YA jika betul
  • Masukkan kata laluan yang didaftarkan sebelum ini dan klik Log Masuk
  • Klik semakan status untuk semak status permohonan
  • Status permohonan beserta jumlah bayaran bantuan diluluskan atau dipaparkan



Jika tiada maklumat BKM tambahan dipaparkan di laman semakan anda, ini bermakna anda tidak layak untuk menerima bayaran BKM tambahan.


TARIKH BAYARAN BKM TAMBAHAN
Berikut adalah tarikh pembayaran bagi BKM Tambahan bagi penerima yang layak:

·         Fasa 1: 28 Mac 2022

·         Fasa 2: 27 Jun 2022 (Pengkreditan dilakukan sehingga bulan Ogos 2022)

·         Fasa 3: September 2022

·         Fasa 4: Disember 2022


KAEDAH PEMBAYARAN

1. Ada akaun bank dan Berjaya kredit

  • Bantuan akan di Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat atau akaun yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM


2. Ada akaun bank tetapi gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup) dan Tiada Akaun Bank

  • Boleh Tuntut Tunai di Cawangan BSN
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM


MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tambahan, anda boleh rujuk di laman www.bkm.hasil.gov.my. Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian BKK LHDNM di 1-800-88-2747


Post a Comment

0 Comments