Ticker

6/recent/ticker-posts

BKM Fasa 3 dah Masuk Akaun

 

Syukur, ramai yang dah terima bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pagi ni. Terutamanya, yang menggunakan akaun BSN rata-rata mereka memberi maklum bahawa mereka sudahpun terima bayaran BKM ke dalam akaun dari malam tadi. Namun, masih ada yang belum terima bayaran, seperti yang sudah dimaklumkan bahawa bayaran ini di lakukan secara berperingkat.




Pembayaran yang berjumlah RM2.2 bilion akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima yang terdiri daripada penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang atau tiada pasangan dan bujang serta mereka yang telah lulus Rayuan BKM.




Ramai yang masih menunggu bila masa pembayaran untuk akaun bank lain pula, kerana masih belum ada apa-apa makluman. Namun begitu, anda kini boleh cek status anda untuk mengetahui sama ada status pembayaran sudah kredit atau masih dalam proses pengkreditan agar anda tidak kecewa apabila sampai di depan mesin ATM.

Seperti salah seorang pengguna yang akan terima bayaran BKM melalui akaun CIMB, sudahpun cek statusnya di mana terlihat bahawa statusnya sudah dalam proses pengkreditan.

 

JUMLAH BAYARAN BKM FASA 3

Isi Rumah bawah RM2500 = RM200 - RM700

Isi Rumah RM2501- RM4000 =  RM100 - RM400

Isi Rumah Ibu / bapa tunggal  = RM800 - RM900 

Ingin diingatkan kepada para penerima untuk membuat semakan terlebih dahulu melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.

Juga, bagi mereka yang akan membuat penunaian melalui kaunter cawangan BSN, adalah diingatkan untuk membawa kad pengenalan sebagai pengesahan. Layari media sosial rasmi BSN untuk maklumat lanjut.



Post a Comment

0 Comments