Ticker

6/recent/ticker-posts

Bantuan Kewangan RM500 Sebulan untuk Warga Emas~MOHON SEKARANG


Ada beberapa usaha yang giat dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu pelbagai golongan di Malaysia bagi menambahkan perbelanjaan boleh guna untuk mereka setiap bulan. Sudah pastinya golongan tua tidak terkecuali.

Untuk pengetahuan anda, kerajaan telah berbesar hati untuk menyalurkan bantuan kewangan bulanan untuk warga emas sebanyak 500 sebulan dari jkm. Ini boleh diperolehi berdasarkan senarai bantuan jkm jabatan kebajikan masyarakat.

Jikalau anda mengenali golongan tua yang menepati syarat kelayakan seperti di bawah, anda dipelawa untuk bantu mereka mohon bantuan ini.

Syarat Bantuan Warga Emas

Syarat kelayakan yang cukup mudah untuk memudahkan kelulusan borang permohonan bantuan kebajikan kewangan bulanan orang tua dari jkm anda seperti di bawah ini.

  • Pemohon mestilah Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Berumur 60 tahun dan ke atas. Bawah daripada umur tidak dibenarkan sama sekali
  • Tiada gaji atau pendapatan bulanan pemohon tersebut untuk sara hidup
  • Keluarga terdekat, anak sendiri tidak mampu untuk bantu beliau dan menyara kehidupannya

1   Dengan harapan hanya yang benar benar layak sahaja diberikan bantuan ini.

Borang Permohonan Bantuan Warga Emas 2022 RM500 JKM

BACA SINI >> Contoh borang JKM 20 & borang JKM 18 yang perlu anda download dan isikan

  1. Anda perlu bawa pemohon yang berumur dan layak di mana-mana cawangan Pejabat Kebajikan untuk mohon dengan jabatan kebajikan masyarakat
  2. Tetapi jikalau pemohon tersebut tak larat, anda boleh bantu dengan bawa surat, ataupun telefon ataupun email sahaja pun boleh untuk mohon pun boleh
  3. Borang permohonan boleh anda download di portal rasmi Jkm yang mana anda boleh semak status bantuan jabatan kebajikan masyarakat ataupun boleh ambil terus di cawangan berdekatan
  4. Dalam pada masa yang sama anda boleh bawa beberapa dokumen penting termasuklah salinan kad pengenalan yang mohon, gambar atau dokumen lain jikalau ada bersama untuk memudahkan lagi urusan.

SUMBER: http://www.jkm.gov.my

Nantikan status permohonan dan semakan bantuan kebajikan anda, apabila terima panggilan daripada kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas satu bulan permohonan bantuan yang lengkap di hantar.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran anda.



Post a Comment

0 Comments