Ticker

6/recent/ticker-posts

BANTUAN KANAK-KANAK SEHINGGA RM1,000 SEBULAN~CARA MOHON


Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2022 adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mendapat jagaan yang sempurna.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000 berbanding sebelum ini hanya RM450.

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan adalah mengikut kategori dimana minimum bantuan adalah sebanyak RM150 seorang dan maksimum sebanyak RM1,000 sebulan seperti rajah di bawah:

 


KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

DISYORKAN UNTUK ANDA

CARA MOHON

Cara permohonan adalah seperti berikut:

Hadir ke pejabat JKM yang berhampiran dengan membawa borang berkaitan dan dokumen sokongan.

  • Kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti:

  1. Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – MUAT TURUN DI SINI
  2. Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – MUAT TURUN DI SINI


MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut jika menghadapi sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat  yang berdekatan di daerah anda.



Post a Comment

0 Comments