Ticker

6/recent/ticker-posts

RUMAH MESRA SMJ BERNILAI RM70,000 PERCUMA UNTUK RAKYAT SABAH

 

Kerajaan Sabah akan melancarkan konsep Rumah Mesra SMJ pada 29 September ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

 

Apa Itu Rumah Mesra SMJ?

Program perumahan yang merupakan inisiatif baharu di bawah teras modal insan dan kesejahteraan rakyat dalam Hala Tuju Sabah Maju jaya (SMJ). “Perancangan Kerajaan Negeri adalah untuk membina sebanyak 1,500 unit Rumah Mesra SMJ dengan anggaran kos tahunan sebanyak RM125.6 juta meliputi ke semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, kerja reka cipta dan konsep rumah itu kini di peringkat akhir penilaian oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah.


“Pembinaan Rumah Mesra yang berkonsepkan Projek Perumahan Rumah Termiskin (PPRT) ini adalah untuk mereka yang tidak memiliki rumah dalam kalangan rakyat yang berkelayakan.

 

Berapa Unit Rumah Mesra SMJ Dibina?

Sebanyak 1,500 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) bernilai kira-kira RM70,000 setiap satu akan diberikan secara percuma kepada rakyat Sabah yang memerlukan.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan menggunakan geran khas untuk Sabah sebanyak RM125.6 juta yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan bagi membina Rumah Mesra yang sebelum ini dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat Termiskin atau PPRT di negeri itu.

 

Permohonan Rumah Mesra SMJ

Kaedah permohonan bagi memiliki Rumah Mesra SMJ ini akan diketahui selepas pelancaran konsepnya pada 29 September 2022 nanti. Sila rujuk halaman ini dari semasa ke semasa.

Rumah Mesra ini akan dibina di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan pegawai terlibat seperti pegawai daerah, presiden majlis perbandaran dan mayor majlis bandar raya akan diminta mengenal pasti mereka yang benar-benar layak untuk menerima bantuan Rumah Mesra SMJ.

 

 

Sumber: astroawani

 

 

BACA JUGA

1. PERMOHONAN BANTUAN LAPTOP PERCUMA~MOHON SEKARANG

2. CARA MOHON DAN SYARAT UNTUK PENGELUARAN KWSP AKAUN 2

3. CARA DAPATKAN SALINAN SIJIL JIKA ROSAK ATAU HILANG~SEMAK DI SINI

 

                                 


Post a Comment

0 Comments