Ticker

6/recent/ticker-posts

PERMOHONAN BANTUAN WARGA EMAS RM500 SEBULAN~CEK KELAYAKAN & CARA MOHON



Berita baik buat kepada semua rakyat Malaysia kerana melalui belanjawan 2021 yang lalu menteri kewangan Malaysia Dato' Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bahawa Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tujuan utama bantuan ini diberikan kepada warga emas yang layak adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Oleh itu, pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang akan menguruskan Bantuan warga emas Malaysia.



Berikut adalah syarat kelayakan dan cara untuk memohon bantuan ini:

SYARAT KELAYAKAN

Orang tua atau warga emas yang ingin memohon bantuan tersebut haruslah memenuhi segala syarat kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 60 tahun dan ke atas.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma atau
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

  

CARA MEMOHON

Untuk melakukan permohonan, sila ikuti beberapa langkah seperti berikut :
·         Sila layari ebantuanjkm
·         Sila klik pada butang daftar permohonan.
·         Masukkan negeri tempat tinggal dan nombor kad pengenalan.
·         Setelah selesai, klik butang daftar.
·         Dalam tempoh masa 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan kawasan anda. 

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

·         Salinan kad pengenalan diri pemohon.
·         Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.
·         Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
·         Salinan penyata gaji (jika ada)
·         Lain-lain dokumen yang berkaitan.anda boleh rujuk DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di alamat:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

No. Tel: 03-8000 8000

 


Post a Comment

0 Comments