Sukacita dimaklumkan, Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) telah membuat keputusan untuk
membuka kembali permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia bermula pada 1 Ogos hingga 30 September 2022 ini.
PENGENALAN
PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA
Untuk pengetahuan anda, Pakej PerantiSiswa
Keluarga Malaysia merupakan satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat
telekomunikasi yang terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada
setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).
- Android OS 10 dan ke atas
- 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
- Minimum RAM 4GB
- Minimum storan 64GB
- Slot SD Micro sehingga 256GB
- Kamera hadapan minimum 2MP
- Kamera belakang minimum 5MP
- Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
- Bluetooth 4.1 dan ke atas
- WiFi 2.4GHz & 5Ghz
- Bateri minimum 4500 mAh
- Pengecas USB disertakan
- Papan kekunci bluetooth disertakan
- Pen stylus disertakan
TARIKH PERMOHONAN
Untuk tempoh pendaftaran dan permohonan pakej ini telah dibuka pada 15 April
2022 jam 8.00 pagi di laman web rasmi https://perantisiswa.kkmm.gov.my
Terkini, KOMM
membuat keputusan untuk membuka lagi permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia
bermula 1 Ogos hingga 30 September ini.
Permohonan PerantiSiswa untuk fasa kedua turut melibatkan pelajar IPG dan kolej
matrikulasi dibawah KPM.
CARA MOHON
- Permohonan PerantiSiswa ini hanya boleh dibuat dengan menerusi laman web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) iaitu di pautan https://perantisiswa.kkmm.gov.my
- Anda Juga Boleh Rujuk Manual Pengguna: ManualPenggunaPerantisiswa
- Makluman untuk keputusan, e-mel akan dihantar kepada pemohon yang berjaya.
1.PERMOHONAN BANTUAN SKK
RM1,000~SEMAK SEKARANG 2.BANTUAN BAKUL MAKANAN
UNTUK SEMUA ISI RUMAH~CEK KELAYAKAN ANDA SEKARANG 3.KKM BUKA PENGAMBILAN PADA
OGOS & SEPTEMBER 2022 INI~MOHON SEKARANG
|
TARIKH MENERIMA PERANTI
Peranti akan mula diagihkan melalui dua sesi, iaitu:
- Sesi pertama – yang membabitkan 60% daripada jumlah keseluruhan penerima dan ianya diutamakan kepada pemohon yang mempunyai data yang lengkap.
- Sesi kedua – bagi kes rayuan dan agihan ini tidak lewat daripada 60 hari selepas sesi pertama.
Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh K-KOMM dan juga KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia.
- kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah.
- Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda.
- Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022.
- Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
- Tidak pernah menerima sebarang bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.
- Inisiatif ini hanya akan melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet.
- Peranti akan diberikan secara Kaedah Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan hendaklah diserahkan semula mengikut kaedah yang ditetapkan setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.
- Untuk penerima peranti mestilah melaporkan kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet tersebut dengan melalui kaedah pelaporan yang akan ditentukan kelak untuk tindakan lanjut oleh Pentadbir Program.
- Pentadbir Program atau mana-mana pihak yang telah diberi kuasa oleh Pentadbir Program berhak untuk mengarahkan penerima peranti bagi menyerahkan tablet tersebut untuk diperiksa pada bila-bila masa sahaja.
- Penerima peranti bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan peranti yang diterima.
- Penerima peranti juga hendaklah memastikan peranti yang diterima tidak mempunyai sebarang contengan, ditulis atau dibuat sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kecacatan kepada peranti tersebut.
- Penerima peranti mestilah mematuhi peraturan/polisi keselamatan siber IPT atau agensi-agensi kerajaan yang berkuatkuasa.
- Peranti mestilah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk kegunaan pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-undang negara.
- Kepada penerima peranti yang melanggar sebarang syarat atau menyebabkan sesuatu kehilangan atau kerosakan ke atas peranti yang disebabkan kecuaian boleh dikenakan penalti yang akan ditetapkan oleh Pentadbir Program.
- Penerima peranti tertakluk kepada terma dan syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
- Peranti mestilah dipulangkan apabila mahasiswa tersebut:
- Menamatkan pengajian.
- Berhenti pengajian.
- Dibuang pengajian.
- Menyalahgunakan peranti yang dibekalkan sehingga mendatangkan kemudaratan atau menyalahi undang-undang negara.
- Melanggar sebarang syarat yang ditentukan oleh Pentadbir Program dari semasa ke semasa.
·
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempnyai sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan
PerantiSiswa, sila e-melkan ke helpdesk.upps@kkmm.gov.my
atau dengan melalui talian berikut:
·
03-8911
5351
·
03-8911
5258
·
03-8911
5265
·
03-8911
5188
Waktu operasi pada
8.00 pagi hingga 6.00 petang hari Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan
am) dan 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari untuk Sabtu dan Ahad.
0 Comments
Terima kasih