Ticker

6/recent/ticker-posts

CARA UNTUK MOHON SALINAN SIJIL SPM ATAU SIJIL LAIN YANG HILANG ATAU ROSAK~SEMAK SEKARANG


Walau tinggi mana pun tahap pendidikan seseorang, SPM tetap menjadi antara dokumen pendidikan yang penting,betul tidak ? apa lagi bagi mereka yang dah lama sangat tinggalkan zaman persekolahan atau bagi mereka yang kerap berpindah randah, atau mungkin terkena musibah sudah tentu sijil-sijil yang penting hilang ataupun rosak.

Kenapa sijil-sijil ni penting? Jika kamu pernah memohon pekerjaan atau temuduga di mana-mana syarikat atau tempat sudah tentu antara dokumen yang mereka minta adalah sijil SPM sebagai rujukan mereka. Tapi sjiil anda hilang atau sudah rosak?

Jangan risau, bagi mereka yang dah hilang SPM atau mana-mana sijil peperiksaan di bawah KPM, anda boleh dapatkan salinan yang baru. Berikut ada beberapa cara untuk memohon.

 

CARA UNTUK MOHON SALINAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Permohonan salinan sijil yang hilang atau rosak boleh dibuat melalui 3 cara iaitu: 

1. Walk-in ke kaunter Lembaga Peperiksaan (LP)

Pemohon boleh datang sendiri ke Kaunter Sijil yang terletak di lobi utama aras Bawah, Blok E11, LP Putrajaya, bayaran RM30.00 dengan membawa bersama-sama Kad Pengenalan dan salinan keputusan (jika ada).

2. Mewakili Pihak Ketiga (Ibubapa/suami/isteri dan adik beradik)

Pemohon boleh mewakili permohonan Salinan Keputusan kepada pihak ketiga dengan syarat, pihak ketiga membawa bersama-sama salinan Kad Pengenalan pemohon, salinan keputusan (jika ada) dan surat wakil anda boleh dapatkan DI SINI

3. Secara Online atau Melalui Pos

Bagi pemohon yang berada di luar negeri atau luar daripada Kuala Lumpur anda boleh buat permohonan secara online dan penghantaran akan dibuat melalui pos sahaja. Anda boleh mohon DI SINI

Setiap permohonan salinan keputusan, bayaran proses sebanyak RM30.00 akan dikenakan dan tambahan RM10 untuk caj pos jadi jumlah keseluruhan RM40.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Unit Pensijilan, Lembaga Peperiksaan di talian 03-8884 3526/3528.

 

 


Post a Comment

0 Comments