Ticker

6/recent/ticker-posts

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA RM900~SEMAK SEKARANG

 

Berita baik, kepada mereka yang mungkin tertanya-tanya tentang kadar bayaran BKM Fasa 3 yang akan diterima bagi kategori keluarga serta bilakah Tarikh pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun.

Berikut adalah cara untuk membuat semakan kelayakan bayaran yang akan diterima bagi kategori keluarga dan kategori lain serta jadual pembayaran BKM.


Jumlah Bayaran BKM Fasa 3

Untuk pengetahun anda, pembayaran BKM Fasa 3 akan melibatkan semua kategori isi rumah dan warga emas bujang / tiada pasangan serta kategori bujang. Jumlah bayaran yang akan diterima pada fasa 3 ini minimum RM150 sehingga RM900 berdasarkan kelayakan setiap penerima. 



Jumlah Bayaran BKM Untuk Kategori Keluarga

1. Kategori Isi Rumah (Kahwin) - Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

Pendapatan Isi Rumah RM0 - RM2,500

  • Tiada Anak: RM200
  • 1 - 2 Anak: RM300
  • 3 Atau Lebih Anak: RM400

Pendapatan Isi RUmah RM2,501 - RM5,000

  • Tiada Anak: RM100
  • 1 - 2 Anak: RM100
  • 3 Atau Lebih Anak: RM100



2. Kategori Isi Rumah (Kahwin) - Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

Pendapatan Isi Rumah RM0 - RM2,500

  • Tiada Anak: RM500
  • 1 - 2 Anak: RM600
  • 3 Atau Lebih Anak: RM700

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 - RM5,000

  • Tiada Anak: RM400
  • 1 - 2 Anak: RM400
  • 3 Atau Lebih Anak: RM400



3. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] - Tiada Had Umur Pemohon

Pendapatan Isi Rumah RM0 - RM2,500

  • 1 - 2 Anak: RM800
  • 3 Atau Lebih Anak: RM900

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 - RM5,000

  • 1 - 2 Anak: RM600
  • 3 Atau Lebih Anak: RM600

Anda boleh rujuk jadual di bawah untuk melihat jumlah pembayaran bagi setiap kategori

 

Jumlah Bayaran BKM Bagi Setiap Kategori

Berikut adalah jumlah bayaran BKM bagi setiap kategori:





Fasa Bayaran BKM

Fasa 1

§  Bayaran dikreditkan bermula pada 28 Mac 2022 secara berperingkat dan 30 Mac 2022 secara tunai di cawangan BSN

 

Fasa 2

§  Bayaran dikreditkan bermula pada 27 Jun 2022 secara berperingkat begitu juga dengan bayaran tunai di cawangan BSN

 

Fasa 3

§  Bayaran dikreditkan bermula penghujung Ogos atau awal September 2022

 

Fasa 4

§  Bayaran dikreditkan bermula pada Disember 2022

  

Cara Membuat Semakan BKM

Berikut adalah cara untuk membuat semakan BKM:

  • Log masuk ke bkm.hasil.gov.my
  • Klik Semakan Status
  • Paparan kelayakan akan ditunjukkan
  • Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM Fasa 1 hingga Fasa 4, anda boleh layari bkm.hasil.gov.my

 


Post a Comment

0 Comments