Ticker

6/recent/ticker-posts

PROGRAM BANTUAN LESEN MEMANDU KELUARGA MALAYSIA 2022~SEMAK SEKARANG


 

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan sebuah bantuan iaitu Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) yang dikhaskan untuk golongan B40 bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.

 

BLKM merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT melalui JPJ yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. CSR yang sudah dilaksanakan sejak dari tahun 1990an menerusi Program JPJ Bersama Rakyat sebelum ditukar nama kepada Program Satu Komuniti Satu JPJ dan Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin.

 

Perdana Menteri berkata bahawa pelaksanaan BLKM dikhaskan untuk golongan B40 dan orang asli masyarakat yang mempunyai kesulitan untuk mengikuti kelas di institusi latihan memandu untuk mendapatkan lesen memandu kelas B2.

Diskaun Bayaran Lesen

Oleh demikian, dengan adanya bantuan ini, mereka yang layak hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM250 seorang dengan menghadiri kursus singkat.

 

Seperti pada umumnya yang kita tahu bahawa Bayaran ini lebih murah berbanding kos sebenar yang perlu ditanggung oleh individu biasa berjumlah RM750 seorang.


BACA JUGA

1.PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0~RM10,000

2.CEK KELAYAKKAN ANDA SEKARANG UNTUK MEMOHON BANTUAN RUMAH PPRT 2022  

3.CARA TUKAR KAD PENGENALAN SECARA ONLINE DENGAN MUDAH







Syarat Kelayakkan Permohonan

Penerima bantuan ini akan dilakukan oleh JPJ untuk memenuhi syarat kelayakkan yang berikut:

·         Warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas
·         Sihat tubuh badan dan mental
·         Tiada kecacatan pada fizikal
·         Tidak disenarai hitam atau ‘Blacklist’ JPJ atau polis
·         Belum memiliki atau tidak pernah mengambil sebarang lesen memandu kenderaan.

 


Cara Membuat Permohonan

Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan lagi mengenai cara membuat permohonan bantuan ini. Namun,Sebarang info akan dikemaskini dari semasa ke semasa


Walau bagaimanapun, baru-baru ini (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memilih Pensiangan sebagai lokasi pertama di negeri Sabah bagi Program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM).

 

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, seramai 396 keluarga yang berumur lingkungan 16 hingga 60 tahun di sekitar Sook dan Nabawan dipilih mengikuti program BLKM.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BLKM, sila layari laman rasmi MOT di https://www.facebook.com/motmalaysia

 


Post a Comment

0 Comments