Ticker

6/recent/ticker-posts

PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0~RM10,000


 

Isu Hangat diperkatakan di media sosial tentang Pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2.0 sebanyak RM10,000. Rata-rata rakyat menginginkan agar Pengeluaran Khas KWSP 2.0 diteruskan untuk keberlangsungan hidup rakyat. 


Namun begitu, pengeluaran khas RM10,000 Mac lepas merupakan pengeluaran khas terakhir yang dilakukan oleh kerajaan.

Ini merupakan pengeluaran keempat selepas beberapa kali kerajaan membuat keputusan untuk membenarkan rakyat mengeluarkan duit KWSP yang bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan kecemasan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kalau dipikirkan balik, ia merupakan inisiatif kerajaan bahawa Mac lepas merupakan pengeluaran khas terakhir KWSP RM10,000 dimana negara kita kini dalam proses untuk membangunkan semula ekonomi dan mengalakkan rakyat untuk kembali bekerja.

Permintaan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 RM10,000

Walaupun bagaimanapun baru-baru ni pada awal bulan Julai, rakyat telah melancarkan petisyen untuk menyokong pengeluaran khas KWSP 2.0 yang masih lagi diteruskan sehingga 31 Julai 2022 ini. Tujuan petisyen ini dilakukan agar kerajaan meluluskan pengeluaran khas 2.0 KWSP untuk kelangsungan hidup rakyat. 


Rata-rata yang menandatangani petisyen ini memberi komen atau keluhan dimana terlalu banyak rakyat dan golongan yang terkesan akibat keadaan ekonomi yang semakin tinggi dalam meneruskan kelangsungan hidup. 





Petisyen Pengeluaran KWSP 2.0 RM10,000

Petisyen ini merupakan langkah terakhir yang dilakukan oleh rakyat ini dengan menandatangani sebagai tanda setuju atau menyokong untuk menuntut pengeluaran KWSP 2.0.

Sekiranya anda bersetuju dengan gerakan tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 ini, anda boleh klik link di bawah sebagai tanda sokongan.


Klik Di Sini: 
PETISYEN TUNTUTAN PENGELUARAN KWSP 2.0

 

Semoga kerajaan mendengar rintihan dan keluhan rakyat supaya meluluskan pengeluaran khas kwsp 2.0 ini. Amin


Post a Comment

0 Comments