Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengambilan sesi OKTOBER 2022 ~PROGRAM PERGURUAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


 

Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) telahpun dibuka khusus kepada guru yang sedang berkhidmat di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini merupakan salah satu inisiatif berterusan KPM dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara, khususnya dalam pendidikan prasekolah.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) ambilan sesi Oktober 2022.

PENGENALAN PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Program ini khususkan untuk melatih guru tadika swasta dalam perkhidmatan, untuk mendapatkan kelayakan akademik minimum Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK).

Program pengajian yang telah ditawarkan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan ikhtisas dan juga menyediakan pengalaman untuk membolehkan guru tadika swasta mempunyai pengetahuan serta kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan.

Program ini telah ditawarkan di kampus terpilih Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

 

SYARAT KELAYAKAN

·         Warganegara Malaysia.

·         Sihat tubuh badan.

·         Sedang berkhidmat dan mengajar di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).



SYARAT AKADEMIK

·         Memiliki kelulusan SPM/SPM(V)/SPVM/SMA/SMU dengan tiga kepujian dalam satu sijil atau gabungan dua sijil dalam tempoh tiga tahun berturut-turut dan memiliki kepujian Bahasa Melayu, lulus ujian lisan dan juga lulus Bahasa Inggeris. ATAU

·         Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran atau yang setaraf dengannya dan memiliki kepujian Bahasa Melayu, lulus ujian lisan dan juga lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM. ATAU

·         Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya gred Maqbul dan memiliki kepujian Bahasa Melayu, lulus ujian lisan dan juga lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM. ATAU




Kepada Pemohon Yang Tidak Memenuhi Syarat Akademik Di Atas, Mestilah Sekurang-Kurangnya:

  • Lulus ujian penilaian Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) yang telah dikendalikan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan memiliki kepujian Bahasa Melayu, lulus ujian lisan serta lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Buat makluman anda, permohonan untuk ambilan sesi Oktober 2022 akan dibuka pada 26 Julai 2022 sehingga 26 Ogos 2022.


TEMPOH PENGAJIAN

Tempoh pengajian untuk program ini adalah selama 2 tahun bersamaan 6 Semester.

Yuran Pengajian

Sepanjang tempoh pengajian, yuran keseluruhan adalah berjumlah RM8060.00 sahaja. Bayaran yuran pengajian per semester adalah seperti yang berikut:

  • Semester 1 (RM1470.00)
  • Semester 2 (RM1020.00)
  • Semester 3 (RM1020.00)
  • Semester 4 (RM1020.00)
  • Semester 5 (RM1020.00)
  • Semester 6 (RM2280.00)

Jumlah Bayaran Yuran Pengajian Untuk Semester 1 hingga semester 6 adalah RM7,830.00. Yuran Pendaftaran dan juga Insuran (Semester 4) adalah berjumlah RM230.00. Jumlah Keseluruhan Yuran adalah RM8,060.00.

Pembiayaan Pengajian

Kos pengajian untuk program ini ditanggung sepenuhnya oleh peserta (guru tadika swasta) sendiri atau pengusaha tadika swasta.

 

CARA MEMOHON

Anda perlu pastikan telah membuat softcopy dokumen-dokumen yang berikut terlebih dahulu. Salinan dokumen ini mestilah dimuat naik dalam borang pendaftaran:

  • Salinan Kad Pengenalan (depan sahaja)
  • Salinan Surat Lantikan Guru/Surat Pengesahan Guru daripada majikan
  • Salinan Sijil Sijil SPM/SPM(V)/SPVM/SMA/SMU/STPM/STAM
  • Salinan Sijil APEL (jika ada)
  • Salinan Permit Mengajar Yang Sah

 

MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh Layari https://bit.ly/pdppakk sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut serta borang permohonan.

Anda juga boleh terus pergi ke alamat berikut sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan atau boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1,
63000 CYBERJAYA, SELANGOR.

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)

  • No. Telefon: 03-8312 6720/6733/6693/6731/6768/6760
  • E-mel: jpp@ipgm.edu.my

 


Post a Comment

0 Comments